Tak pandai SPEAKING ..kalo direct translate maksudnyer tak pandai bercakap...tapi selalunyer kita faham tak pandai SPEAKING ialah tak pandai cakap BAHASA INGGERIS..aku teringat kat sorang member aku ni..dia orang cina yang aku rasa sangat2 low profile, baik hati n yang paling penting suka cakap dalam bahasa melayu daripada bahasa inggeris...1 hari aku bagitahu dia yang aku x pandai SPEAKING! jadi member cina aku ni pun pelik la..xpandai SPEAKING apa katanya?hahhaha...disitu baru aku sedar yang aku cakap tu maksud dia aku x pandai bercakap..padahal aku nak bagitahu dia yang aku tak pandai cakap inggeris..hahahha...so, aku pun cover line la..aku cakap aku tak pandai SPEAKING ENGLISH...hehehe...sejak tu aku selalu cari jalan how to improve my english...walaupun banyak kemudahan daripada internet..tapi aku still tak boleh speaking english!so hari ni aku cari la motivasi2 yang boleh aku guna bagi membolehkan aku SPEAKING ENGLISH ni....tu yang sekarang aku nak share dengan korang2 di luar sana...

Sebenarnya apa yang aku sedar, aku bukan tak tahu SPEAKING ENGLISH tapi aku #1. Tak yakin pada diri sendiri #2. Malu nak SPEAKING ENGLISH (bila orang cakap bi dengan kita, kita reply dengan bm,kononnyer malu) #3. Tak practice SPEAKING ENGLISH ( xtahu dengan siapa kita nak SPEAKING ENGLISH kan?kan?) #4. Selalu cakap tak pandai bahasa inggeris, tu doa namanyer..(lepas ni jangan cakap lagi camtu k) :)

so, for solve this problems #1. Kene yakin pada diri sendiri, mesti berani bercakap..kalo takut, kita anggap la kita tengah berlakon jadi fasha sandha ke,sape2 la ...huhuhu.. #2. Jangan malu2..kenapa nak malu?tak ade hidung ke sampai malu2 sangat ni?hehhehe.....kita belasah je..broken english pun boleh..apa yang penting, orang tu paham apa yang kita nak sampaikan... #3. Hah!kalo tak ade  sangat orang yang kita nak ajak speaking english ni..kita leh speaking dengan diri kita sendiri....contohnyer...kalo kita berfikir..kita fikir la dalam bahasa inggeris...kalo ade masalah..kita selesaikan dalam bahasa inggeris...kesimpulannyer..bila bercakap dengan diri sendiri,kita speaking la..tak ade sesiapa yang tahu, tak ade sesiapa yang nak ejek2...secara tak langsung, kita dapat practice berbahasa inggeris...#4. Usaha, doa dan tawakal... kepada tuhan agar dipermudahkan berbahasa inggeris...

Setakat ni je la hari ni..hehe...selamat maju jaya buat diri sendiri and korang2 yang macam aku ni TAK PANDAI SPEAKING!hehehhe...Assalamualaikum...~

0 Comments