Assalamualaikum.

Siapa kat sini pertama kali mengandung? ada rasa takut membayangkan saat-saat nak bersalin nanti ? aku memang sangat takut sebab selalu google blog ibu-ibu yang share mengenai pengalaman bersalin, sakit nak menanggung contraction tu..Masyaallah...aku baca pun da takut, apatah lagi nak merasainya nanti.. lepas tu  pula, sakit nak meneran tu...kena ada teknik yang betul , kalo tak nanti ada masalah kepala anak boleh masuk dalam semula , teknik pernafasan pun kena yang betul...So, start daripada baca pengalaman ibu-ibu bersalin tu, aku mula rajinkan diri belajar teknik-teknik  tersebut, dan aku akan share serba sedikit yang aku rasa senang nak faham hasil daripada pembacaan dari blog ibu-ibu.



Cara Mengawal Sakit Contraction :

Menggunakan teknik Hynobirthing.

Apa tu Hynobirthing?

Hypno ni aku rasa macam teknik pukau, birthing ni kelahiran...kelahiran secara pukau ,  teknik ni aku rasa macam best sebab mengurangkan rasa sakit nak beranak ... (macam pernah rasa beranak pula aku cakap macam ni..hihi..tapi ni kajian daripada blog ibu mengandung yang berpendapat sama, hypnobirthing memang berkesan dan teknik yang bagus sekali untuk dipraktikkan)...teknik ni banyak menggunakan pernafasan yang betul...kita akan rasa lebih relax dan fokus...senang faham lagi, seperti kita berdoa / berzikir kepada Allah, kemudian hati berasa tenang..dan lebih fokus...


 Apa yang aku belajar antaranya :

1. Jika sakit contraction tu datang, jangan sesekali tahan sakit dengan menahan nafas sebab boleh menyebabkan pembukaan jalan untuk baby keluar jadi lambat dan terbantut.

2. Jika sakit contraction tu mulai datang, tarik nafas dalam menggunakan hidung dan lepaskan melalui mulut panjang-panjang.

3. Jika sakit contraction tu datang dengan lebih kerap, sila tarik nafas  menggunakankan mulut, dan lepaskan juga melalui mulut . Buat laju-laju...macam ni kot tarik hembus,tarik hembus...dan seterusnya...guna mulut ye..ingat..

4. Jika sakit macam rasa nak meneran, tapi belum tiba waktu nak meneran sebab bukaan belum 10cm, sila tarik nafas menggunakan hidung laju-laju 2 kali berturut, kemudian hembus menggunakan mulut sekali je...buat berulang kali sampai rasa nak meneran tu hilang... macam ni..tarik tarik hembus..tari tarik hembus....

Ni da masuk sekali bab Cara Meneran Yang Betul :


5. Bila tiba waktu meneran pula, sila tarik nafas dalam-dalam

 Ada yang kata tarik nafas guna mulut lebih banyak udara masuk  tapi aku macam nak tarik guna hidung dan mulut serentak..hihi..boleh ke??nanti aku praktikkan... atau pembaca boleh la google untuk tahu lebih lanjut..hehe...

#Ada tips lagi , latihan pernafasan sangat penting , dapat membantu semasa proses meneran nanti. kenapa ye ?

Sebab semasa proses meneran nanti, kita tak boleh curik-curik tarik nafas ( jangan ngelat ye )...kena buat macam ni :

Tarik nafas panjang ...dalam-dalam ..dan teran sekali je sepanjang mana yang termampu....dengan keadaan mulut tertutup..jangan sesekali hembus nafas (teran macam nak berak tu..)...kena teran..teran ye....jangan curik-curik bernafas atau hembus nafas...dilarang...teran je selama yang mampu.....da habis teran baru hembus...

Teran bila ada rasa macam sakit nak berak tau, kalau belum ada rasa nak teran,korang relax dulu,jaga nafas, ada gesaan, baru bagitahu doktor. Doktor akan cek bukaan, kalau da cukup 10, doktor akan cakap teran,...biasanya macam ni.. doktor akan puji-puji kita, ajar cara tarik nafas...kemudian dia cakap..terannnnn!!!teran lagiiiiiiiiii!!!ye pandai...... (ni kalau doktor yang baik la...ada tu dengar-dengar, siap marah-marah tak pandai nak teran..hehe...)

Tarik semula nafas panjang-panjang..(tunggu ada rasa nak teran,baru terannnn lagi tau.....selama yang mampu....baru la hembus nafas....sampai la baby keluar...biasanya 3kali teran da boleh keluar kalau korang praktis teknik ni (Ya Allah, aku harap aku boleh ikut tips-tips ni..hehe...takut da sakit sangat nanti, lupa semua tips...hehe)

Diingatkan supaya jangan jerit-jerit...habis tenaga nak teran nanti....kalo rasa nak jerit, boleh la gigit sapu tangan .. #Tips yang bagus..hehe..

Bagi yang tak berapa nak faham tu, boleh rujuk video ni : 

( macam senang la pula bila tengok..hehe.. )



Selain tu, ada beberapa faktor yang perlu diambil kira selain menjaga pernafasan:

#1. Posisi Meneran

1.

 Angkat kepala sampai dagu mencecah ke dada (kadang kala nurse akan tolong angkat kan kepala) , mata haruslah tengok ke perut, jangan pejamkan mata anda..takut nanti lepas bersalin, mata jadi merah dan sakit...(tak tau betul ke tak, tapi terbaca kat satu blog tu..tak copy pula link nya ) , tangan pula pegang kaki, area buku lali tu...(sambil-sambil kaki  kita mengangkang ).

2.

Jangan angkat punggung ke atas, tekan kan punggung ke arah tilam ...kadang-kadang, kalau da sakit sangat, tak perasan punggung terangkat..orang kata, kalo terangkat punggung, nanti bawah kita tu terkoyak banyak...banyaklah tempat kena jahit nanti.. [dengar-dengar kena jahit ni sakittt..Ya Allah...takutnya... : ]


#2. Tenaga

 Jika korang ada rasa memang da dekat nak bersalin, masa contraction tu la , sila makan dan minum yang berkhasiat sebelum masuk ke labour room ye. Memang bila da sakit kurang selera makan, tapi dinasihatkan supaya berusahalah untuk makan.

Antara menu yang aku dapat daripada blog lain :

1. Milo panas/susu
2. Nasi/roti
3. Telur kampung/telur separuh masak

P e n t i n g!! Harus dapatkan tidur yang cukup, kadang sakit contraction jam 2 3 pagi, tak dapat tidur kan, jam 11 pagi baru rasa nak bersalin, time tu kalau tak cukup tidur, habis lahh...tak de tenaga nak teran sebab mengantuk, tak pasal anak kena vacuum. So, paksa diri untuk tidur.

#3. Mohon kemaafan

 Pernah tengok kawan-kawan yang da nak bersalin update FB macam ni ?? " Saya da masuk wad ni, doakan saya dan baby selamat ye, maafkan segala kesilapan , halalkan makan minum... semoga Allah permudahkan urusan bersalin ni"

Nampak macam remeh je kan, tapi insyaallah , kalo kita minta maaf dengan hati yang  ikhlas dan jujur, terutama sekali dengan insan-insan terdekat seperti ibu bapa mertua, ibu bapa kita dan suami.... insyaallah urusan bersalin nanti lebih  berjalan lancar dan dipermudakan oleh Allah.

Dan jika sesuatu yang tidak diduga berlaku kepada kita, moga-moga kita sempat memohon maaf... (Ya Allah, selamatkan lah kami dan anak kami...ampunkan dosa-dosa kami...)


#4. Ingat Allah


Sepanjang contraction dan semasa nak meneran tu, banyakkan membaca ayat Kursi, banyakkan berselawat ke atas nabi, hafal doa nabi yunus dan banyak lagi yang boleh diamalkan...semoga hati menjadi tenang apabila kita mengingati Allah, hanya Allah sahaja yang boleh memudahkan sesuatu yang sukar itu, berdoalah kepadanya.... Insyaallah.

#Minum air zam-zam , selawat agar dipermudahkan.

#Jika minum air selusuh, pasti minum apabila korang betul-betul da rasa nak beranak, jangan minum awal-awal. kenapa ye? boleh la google ke blog lain. :) (dengar-dengar air selusuh akan menjadikan sakit nak beranak lebih cepat, kalo bukaan baru 3 cm dah minum..memang rasa sakit macam da buka 10cm ...aduh...)


Sekian, ini sahaja coretan aku. Doakan aku selamat bersalin dan boleh praktikkan tips-tips ni  ye :) , Tunggu entry aku tajuk "PENGALAMAN BERSALIN' nanti :) hehe... kita tengok aku berjaya ke tak ikut semua tips ni :)


Blog Updated 11.12.13 :


Boleh baca pengalaman aku melahirkan anak Klik Sini


Alhamdulillah, Akif anak yang bijak, tak banyak merengek, suka senyum bila nampak camera :)

 Sekian saja, jumpa lagi di lain entry.











1 Comments