Assalamualaikum
Risau sangat bila baby Akif tak sihat, baru-baru ni Akif selesama, jadi banyak kahak sampai susah Akif nak bernafas.
Bila waktu malam Akif menangis kuat sebab makin tak selesa dan susah nafas, aku yang risau ni mula takut tengok keadaan dia, terus bawa Akif ke Hospital Melaka sebab jam masa tu da pukul 11 malam, jadi aku assume semua Klinik Swasta da tutup..sampai terlupa ada Klinik 24Jam..huhu.
. [Rugi tak guna Klinik Kad Prudential Akif]. Penat berjam-jam tunggu turn kat HM tu..biasala ramai yang sakit kan..
Berjam lama tunggu , last-last dapat ubat je..Doktor just cek tekak dan suhu je..hehe..nasib baik FREE je..kalau pergi swasta da kena cas RM50-RM100.
[Kalau pergi Klinik Swasta pun tak apa, baby Akif ada Klinik Kad RM1800 setahun, so tak payah la aku keluarkan duit cash.hehe..]
| | | |
Ubat demam, ubat selesema & ubat titis kat hidung |
Aku pergi Hospital bukan untuk mendapatkan ubat sebenarnya, aku just nak Doktor cek keadaan kesihatan anak aku je. Walaupun dapat ubat aku tak pakai pun ubat-ubat yang Hospital bagi sebab aku tahu kesan sampingan ubat memang tak bagus. Lagi-lagi bagi bayi yang bawah umur 2 tahun (Akif baru 2 bulan)..lagi la tidak digalakkan. Sejak Join HERBALIFE, aku selalu masuk training dengan Doktor pakar, memang mereka semua cakap ubat tu tak bagus sebenarnya.
Kesian tengok Akif sesak nafas, mak aku suruh bagi ubat, aku cakap tak nak. Mak kata, kalau tak nak pakai ubat, kena cari daun KETUMBIT.Terus aku call ayah aku suruh bawakan daun KETUMBIT tu esok paginya.
|
Daun Ketumbit |
Inilah rupa daun KETUMBIT tu. Pinjam gambar dari Blog TokEngkuHitam, harap tuan badan izinkan,semoga dapat pahala yang belipat ganda. Amin. :)
Bagaimana Nak Ubat Kahak Bayi Menggunakan Daun KETUMBIT?
1.Sediakan Kapur (yang orang makan sireh tu..) dan daun Ketumbit.
|
Kapur & Daun KETUMBIT |
2. Campurkan beberapa helai daun Ketumbit (basahkan dengan air dulu) dan sedikit Kapur (jangan banyak, takut baby panas nanti).
|
Campurkan macam ni |
3. Gesek-gesek sampai keluar air campuran bahan tadi.
|
Gesek-gesekkan |
|
Air yang berwarna hijau ubat |
4. Sapukan di bahagian leher dan dada baby.
|
Akif suka sangat ubat ni sampai senyum-senyum dia, nampak lesung pipit anak mama ni |
5. Sapukan di bahagian belakang baby juga.
|
Bahagian belakang dada |
Baby akan berasa sangat lega dan boleh tidur dengan nyenyak. Lendir Kahak tersebut akan dikeluarkan melalui bersin,batuk,air kencing atau berak baby.
|
Akif dengan MakTeh kesayangan dia |
Muka ngantuk Akif selepas lega disapu ubat tradisional buatan mama :) hehe..semoga anak mama cepat sembuh. Mama tahu Akif anak yang kuat :) Love u sayang.
Harap Celoteh di entry ni dapat membantu mommy-mommy di luar sana yang risau bila ada baby banyak lendir atau kahak.
**Sebenarnya banyak lagi cara lain, boleh google sendiri ye, tapi aku rasa ni la cara yang paling mesra alam dan senang. New Mommy semua boleh buat sendiri tanpa perlu rasa takut.
0 Comments