Assalamualaikum

Dah jemu makan sotong masak sambal.

Hari ni nak kongsi resepi sotong masak sos tiram versi pedas punya.


Bahan-bahan:
  • Sotong dalam anggaran segenggam tangan dipotong bentuk ring
  • Bawang merah 4 biji dihiris halus
  • Bawang putih 1 biji dihiris halus
  • Halia 1 inci dihiris halus
  • Serai sebatang ditittik
  •  Sos tiram 2 sudu makan
  • Cili kering yang dikisar 2 sudu makan, nak lagi pedas boleh tambah cili padi
  • Serbuk kunyit 1/2  sudu makan 
  • Daun sup sebagai perhiasan

Cara-cara :

  1. Tumis bahan-bahan yang dihiris dan serai yang dititik sehingga naik bau.
  2. Masukkan cili 2 sudu.Tumis sekejap.
  3. Masukkan Sos Tiram 2 sudu dan serbuk kunyit 1/2 sudu.
  4. Biarkan seketika.
  5. Masukkan sotong sehingga masak (tapi jangan terlalu lama, nanti sotong keras). Jangan lupa tambah garam secukup rasa. Kalau suka berkuah tambah air ikut suka nak banyak mana.
Siap untuk dijamu selera. Taburkan daun sup sebagai hiasan. 

Sotong Masak Sos Tiram Pedas

 Selamat mencuba :)
 

3 Comments