Assalamualaikum

Wah! da lama aku nak cuba masak AYAM PADANG ni, Alhamdulillah hari ni diizinkan untuk masak masakan UNIKdan SEDAP ni.

AYAM masak PADANG ni asal dari Indonesia. Bila da cuba sendiri, perghhh!!! sedap gilerrr!

Jom cuba try test!


Mencari Perfume Murah ? Jom like page ni ---> Rizqiperfumemurah

Bahan-bahan Utama :

Ayam
Santan
Daun kunyit/daun limau 

Bahan A [dimesin] :

Bawang Merah 5 ulas
Bawang Putih 3 ulas
Halia 1 inci
Ketumbar biji
Jintan Manis
Cili kering 10 tangkai (kalau nak pedas boleh guna cili padi)
Serai 2 batang diketuk

Tips! Kalau guna cili kering , ayam padang akan siap dihidang berwarna merah. Jika guna cili padi, akan berwarna kuning.


Cara-cara :

1. Tumis bahan A yang telah dimesin hingga pecah minyak.
2. Masukkan santan dibiar seketika.
3. Masukkan ayam hingga masak. (Ayam boleh juga digoreng seketika)
4.Masukkan garam,gula dan bahan perasa.
5. Masukkan daun kunyit/ daun limau.

Ayam Masak Padang

Siap untuk dimakan! Selamat Mencuba.

0 Comments