Asam Pedas TETEL
Assalamualaikum
Hari ni suami request masakkan dia Asam Pedas Tetel, mesti dia rindu masakan mak dia yang sedap la tu..hehe..
Disebabkan ni kali pertama aku cuba nak masak asam pedas tetel, so aku google la resepi kak Azie Kitchen sebab masakan Kak Azie ni lain daripada yang lain...tapi aku olah sikit menggunakan apa sahaja yang ada di dapur.
Bahan-bahan A: Kisar
Bawang Besar 1 biji
Bawang putih 3 biji
Halia 1 inci
lada hitam biji
Jintan Manis
Jintan Putih (tak letak sebab tak ada di dapur..hehe)
Serai sebatang- titik
Cili kering ikut nak pedas mana- aku kisar asing dengan bahan A tadi
Air asam jawa- ikut la tekak korang nak masam sikit ke, masam banyak ke
Tomato 1 biji belah 4
Terung- tak letak pun takpe, aku letak sebab dalam peti sejuk ada lagi sebatang terung, so nak habiskan.
Daun kesum atau daun limau perut -aku tak letak pun sebab kat dapur takde..hehe
Tetel dan daging aku rebus dulu guna pressure cooker supaya tak liat dan nak dapatkan air rebusan supaya asam pedas 'kick' (masa rebus tu letak halia and sikit bawang putih nak hilangkan hanyir daging)
Daging tetel 1 genggam
Daging 1/2 genggam
**aku campur tetel dengan daging sebab tetel ni banyak lemak je...
Cara-caranya :
1. Tumis bahan-bahan A dan serai sampai naik bau.
2. Kemudian masukkan cili kering yang dikisar, masak sampai naik minyak.
3. Masukkan daging dan airnya rebusan nya tadi , biarkan mendidih.
4. Kemudian masukkan air asam, sedikit demi sedikit, kalau tak masam tambah lagi.Birkan mendidih.
5.Letak tomato and terung (nak letak terung awal pun boleh supaya empuk)
5. Letakkan garam dan perasa kegemaran korang.
6. Siap !!!
Rupa paras tak penting...hehehe.. |
Selamat mencuba. Masak je, jangan takut-takut sebab sendiri juga yang makan.hehe..Kalau tak sedap boleh cuba lagi lain kali.-ni pesan mak mertua aku setiap kali aku masak..hehe.tq mama =)
0 Comments