DAGING masak LEMAK CILI API SIMPLE & SEDAP
Assalammualaikum
Resepi Daging Masak Lemak Cili Api
Bahan-bahan :
Daging
Bahan A : di blend halus
Cili api 30 biji (sbb suami memang request nak pedas)
3 biji bawang merah
2 biji bawang putih
1 inci kunyit hidup
2 batang serai - dititik
1 biji Kentang belah 4
Santan cair
Santan pekat
Cara-cara :
1. Rebus daging+garam guna pressure cooker sampai empuk.
(Tips : Jangan letak garam semasa rebus daging, nanti tak peroi)
2. Masukkan dalam periuk lain bahan A yang telah di blend halus + daging yang da empuk berserta baki air rebusan tadi + kentang + santan cair, rebus lagi hingga kentang masak.
3. Masukkan santan pekat dan perasa, setelah mendidih, tutup api.
Siap! Simple kan.
Selamat Mencuba!
0 Comments