Assalamualaikum

Terima kasih melawat blog Cik Orkid, jangan lupa follow blog ye, nanti tinggalkan comment untuk Cik Orkid follow balik.

Semalam ada daging lebih, jadi hari ni Cik Orkid masakkan suami DAGING GORENG KUNYIT versi PEDAS!


Bahan-bahan  :

500g Daging - dipotong nipis supaya bila goreng jadi gareng dan tak liat

Bahan  Dikisar / Ditumbuk halus :

Bawang merah 3 biji
Bawang putih 2 biji
Cili api 20 biji (nak pedas boleh lebihkan lagi)

Bawang besar 1 biji - dihiris bulat 
Halia 1 inci -dititik
Serai 1 batang - dititik
Sayur kacang buncis - dipotong
Baby Carrot - dipotong

Cara-caranya :

1. Panaskan kuali dan masukkan daging ,serai,halia( tanpa minyak) sehingga air daging kering.
2. Kemudian, masukkan minyak masak dan goreng daging sehingga gareng dan angkat.
3. Basuh kuali ( tak suka kuali hitam dan ada kesan kerak hasil goreng daging tadi)
4. Panaskan minyak dan tumis bahan-bahan yang dikisar atau ditumbuk tadi sehingga naik bau dan terus masukkan bawang besar yang dihiris.
4. Masukkan daging yang digoreng tadi dan digaul sebati.
5. Masukkan kacang buncis dan baby carrot. Gaul sampai masak. Letak garam dan perasa. Siap!


Selamat mencuba!







0 Comments