Resepi BERGEDIL DAGING
Assalammualaikum
Suami beli daging burger Ramly, nak goreng makan macam tu je tak lalu, so aku merajinkan diri buat BERGEDIL DAGING.
Bahan-bahan : [Untuk 12 ketul bergedil]
2 keping daging burger Ramly - dilenyek
2 biji kentang- direbus dan dilenyek
3 sudu tepung Jagung
Daun sup - dihiris
4 biji bawang merah - dihiris dan digoreng garing
Garam
1 biji telur - untuk celur sebelum digoreng
Daging burger + kentang rebus + 3 sudu tepung Jagung +Garam dilenyek bersama |
Masukkan daun sup + bawang goreng dilenyek lagi |
Hasil campuran semua bahan |
Bentukkan hasil campuran tadi bulat-bulat (saiz ni dapat 12 biji bergedil) |
Celur bergedil dalam telur dan digoreng atas api kecil yang telah betul-betul panas |
Tadaaaaa! Siap untuk dimakan bersama soto/nasi atau makan begitu saja cecah sos! Tips : untuk elakkan bergedil terburai semasa menggoreng 1. Kentang direbus daripada digoreng 2. Elakkan daripada terbalikkan bergedil semasa digoreng selagi belum betul-betul garing. 3. Telur untuk celur tak payah pukul sampai kembang, kacau setakat telur kuning dan putih bercampur je. Selamat Mencuba! |
2 Comments
wah sedapnya....
ReplyDeletecuba la wan...senang je
Delete