Assalammualaikum

Hari ni suami request masakkan dia ikan Kerapu 3 rasa, terus google resepi, semestinya resepi dari blog Kak Azie Kitchen, my febret chef..hihi.

BAHAN-BAHAN :

1 ekor Ikan Kerapu - dilumur garam dan kunyit.
 (Tips : Kalau ikan Fresh,kukus pun sedap, kalau ikan da lama dalam peti sejuk ,goreng baru sedap)

BAHAN KUAH:

Bahan cincang halus :
8 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 incin halia
2 biji lada merah

Bahan sos :
2 sudu besar cili kering
2 sudu makan sos tiram
1 sudu makan kicap manis
1 sudu makan kicap masin
4 sudu makan sos cili

Bahan potong dadu :
1 biji tomato
1 tin nenas ayam brand-nak letak sikit pun bolehh,xnak letak pun boleh.

CARA-CARA :

1. Goreng ikan kerapu , jangan terlalu garing.Kemudian toskan,letak dalam bekas yang sesuai.
2. Dalam kuali lain, tumis bahan yang dicincang halus sehingga naik bau, masukkan cili kering.Tumis sehingga naik minyak.
3. Kemudian,masukkan bahan sos yang telah disatukan ke dalam mangkuk tadi.
4.Biarkan seketika,kemudian masukkan tomato dan nenas.Jangan lupa rasa garamnya,letak sikit demi sikit sebab sos tiram da masin.
4. Setelah siap,curahkan sos keatas ikan yang telah digoreng tadi. Taburkan daun sup.
(Tips: da nak makan baru curah lagi baik supaya ikan tak lemau dan lembik)

Siap!selamat mencuba!

Ikan Kerapu Goreng 3 Rasa

0 Comments