Mee Rebus by Cik Orkid

Assalammualaikum

Disebabkan da jemu makan nasi, hari ni aku masak Mee Rebus.
 Resepi ni aku ambil dari blog Dr Raihanna Vanilla. Setakat ni dah dua kali aku mencuba resepi dari blog Dr Rai. Memang sedap! Yang paling best resepi Dr Rai selalunya lain daripada yang lain. 

Ni aku share dalam blog tapi versi aku la. Kalau ikut resepi original Dr Rai, dia pakai daging, disebabkan rumah aku tak ada stok daging, aku gantikan dengan ayam. Dan sukatan yang aku guna adalah untuk 3 orang makan.

Jom ikut step step nya...(suka buat step by step macam Dr Rai sebab tengok terus boleh ikut dengan senang dan betul)
Tq Dr Rai share resepi Mee Rebus Sedap ni :)

1 biji Keledek + 1 biji Kentang potong dadu, rebus hingga empuk kemudian toskan airnya dan dikisar halus.

Rupa Keledek + Kentang yang telah dikisar halus.



Bahan untuk dikisar.


1 Labu bawang besar , 3 biji bawang putih, 2 sudu makan taucu masin, 1 genggam udang kering, 1 inci halia.

Cili merah dalam 5 tangkai dipotong dan direndam dalam air panas.
Inilah rupa bahan-bahan yang telah dikisar tadi.
1 genggam Kacang tanah digoreng , dibuang kulitnya kemudian dikisar halus.

Inilah rupa kacang tanah yang telah dikisar halus.

1 keping Tauhu putih dipotong dadu kemudian digoreng sekejap.
Inilah rupa tauhu yang telah digoreng sekejap.
Siang udang dan asingkan kulitnya (kulit jangan buang ye) kemudian digoreng sekejap.

Rupa udang yang telah digoreng sekejap.
Rebus kulit udang yang telah dibasuh bersih tadi.

Toskan kulit udang rebus tadi (ambil air rebusan sahaja).
Dada ayam dipotong dadu.
1 biji tomato dibelah + 1 batang serai dititik.
1 sudu serbuk kari ayam dibancuh air.


1 1/2 sudu tepung jagung dibancuh dengan air.
Bahan-bahan untuk tabur ( ditengah tu sebenarnya ada daun sup + daun bawang, tapi tak sempat nak snap..hehe).. sayur sawi dan tauge tu dicelur dalam air panas.


** Jangan lupa 2 sudu sos cili.
**Mee kuning dicelur ( gambar tak snap..hehe)

Setelah semua di atas siap sedia...jom ikuti langkah memasak kuah mee rebus.


Tumis bahan yang dikisar (boleh guna minyak goreng udang tadi) + serai sehingga naik bau.

Masukkan air rebusan udang dan tambah air jika mahu kuah lebih.
Masukkan 2 sudu sos cili.


Masukkan kari ayam.

Masukkan keledek + kentang kisar.


Masukkan tomato.

Masukkan ayam + udang yang digoreng + tauhu goreng.

Gaulkan sebati semua bahan  dan taburkan garam secukup rasa kemudian tunggu sehingga kuah mendidih. Tutup api. Dan kuah telah pun siap!
Tadaaaa! Siap untuk dimakan!

Selamat Mencuba :)


1 Comments

  1. wahhhhh nampak sangat sedap mee rebus yg cik orked masak ni....mesti sedap sebab air tgn cik orked.... alhamdulillah... terima kasih sebab sudi mencuba.. salam perkenalan :)

    ReplyDelete