Assalammualaikum Hai semua :)

Sal ni hantu laksa, so bila da hari2 tekak nak laksa, Sal belajar satu resepi ni daripada kakak ipar (Kak su) , dan tak sangka resepi kakak ipar bagi memang sangat sedap dan sama kesedapannya  dengan laksa yang selalu Sal makan semasa menetap di Sandakan Sabah (air tangan Kak Vie) dulu...

Jadi Sal kongsikan resepi ini di blog celotehcikorkid agar resepi tak hilang ditelan zaman, cewah! 
Sesiapa yang nak berniaga dengan resepi ini pun dialukan sebab memang terbaik dan sangat sedap.

Jom kita mulakan :)


Mula-mula rendam mee laksa sekejap untuk bagi lembut, kemudian rebus dengan asam keping untuk cepat masak...Tips dia, picit dengan jari, jika mee laksa senang putus dan lembut , da boleh padamkan api dan toskan mee.



Mee laksa yang telah siap direbus dan ditoskan

Kemudian rebus 2kg ikan kembung dan 1kg ikan tongkol/ikan kayu/ikan aye (untuk banyakkan isi ikan). Rebus sehingga mendidih,sejukkan dan asingkan tulang ikan dan isi ikan.

 Isi ikan tadi haruslah di blend (tips untuk blend isi ikan adalah masukkan isi ikan dan air melebihi paras isi ikan, agar tak terlalu hancur isi nya, putar blender 2@3 kali pusing je, jangan sampai isi ikan terlalu hancur.

Air rebusan ikan tadi jangan dibuang untuk dijadikan kuah laksa.Tapis dulu tulang ikan yang ada dalam kuah rebus ikan tadi.

Ikan yang siap direbus,sejukkan dan asingkan isi dan tulang dan bllend isi ikan


Sediakan bahan untuk kuah laksa.


Bawang merah 10-15biji jika saiz kecil, 4@5 biji untuk saiz besar
Halia 3inci sebab ada ikan tongkol tadi, blenda halus semuanya, tambah belacan sikit jika suka

cili kering yang telah diblend, ikut la nak letak banyak ke sikit,ikut kepedasan masing2


Maukkan semua bahan2 tadi ke dalam air rebusan ikan tadi, bawang ,halia,belacan(kalau nak masuk boleh juga utk bagi lagi ummpphh,cili kering yang da di blend,isi ikan yang da di blend

                                   Rawatan untuk bibir gelap,kusam dan kering Klik sini

Masukkan daun kesum,bunga kantan yang kembang agar wangi baunya,masukkan 4-5 keping asam keping ikut nak masam macam mana,ikut tekak memasing ye

Rebus semua bahan sehingga sebati dan  mendidih kuat,agar tak cepat basi,perasakan dengan garam dan cukup rasa,siap!


Sediakan bahan aksesori:

Cili akar,limau nipis,timun jepun,salad,bawang besar


Rebus telur dan belah 2@4


TADAAAA...SIAP UNTUK DIMAKAN :)






Siapa hantu laksa, pasti kena cuba resepi simple tapi sedap ni okay :)
Da cuba, boleh la tepek komen dan beritahu jadi ke x,sedap ke x air tangan korang :)


Terima Kasih sudi melawat blog cikorkid . Sekian saja Assalammualaikum,babai.

0 Comments