BOTANICAL EFFECTS SKINCARE SET BY MARY KAY
Assalammualaikum haiiii :)
Cik Orkid nak cerita tentang basic skincare botanical effects by mary kay.
Produk ini merangkumi Pencuci, Masker, Toner dan Pelembap. Set ni memang ada 4 barang sahaja.
Cik Orkid nak cerita tentang basic skincare botanical effects by mary kay.
Produk ini merangkumi Pencuci, Masker, Toner dan Pelembap. Set ni memang ada 4 barang sahaja.
4 barang di dalam Botanical Effect Skincare Set |
Biasanya kebanyakkan pengguna Mary Kay akan menggunakan set Botanical Effect sebagai skincare yang pertama mereka apabila menggunakan Mary Kay. Result dia memang sangat best sehinggakan ramai yang tak sabar nak habiskan (biasanya penggunaan sehingga 4 buan baru habis) untuk berpindahkan kepada skincare set yang lebih power seperti Timewise set, LumiVie set, Youthfinity set dan lain-lain mengikut keperluan kulit masing-masing.
Botanical Effect ni ada untuk semua jenis kulit tau, untuk Dry skin (Formula 1), Normal skin (Formula 2) dan Oily skin (Formula 3)... nak tahu lebih lanjut boleh hubungi Cik Orkid thru Whatsapp 013-998 3106.
CARA PAKAI BOTANICAL EFFECT :
1. Pencuci
Letakkan krim pencuci di 5 bahagian kawasan muka dahi, pipi kanan, pipi kiri, batang hidung dan dagu, kemudian dengan menggunakan 3 jari kecantikkan ( jari hantu,jari manis dan jari kelingking) gosok dengan gerakan membulat selama 60 saat ( kira la 1-60) baru la selesai 1 cucian, jangan terlalu cepat cuci muka ye, biarkan bahan di dalam pencuci dapat membersih dengan baik dan dapat mengeluarkan kotoran minyak,habuk ,kesan make up dan sebagainya.
2. Masker
Masker pula pakai 2 kali seminggu, kalau dalam team Cik Orkid, Cik Orkid akan tetapkan jadual pakai masker setiap hari selasa dan sabtu ,so semua orang akan ingat dan tak skip rutin pakai masker.
Fungsi masker ni adalah untuk buang lapisan sel kulit mati, kulit manusia ada 3 lapisan utama ( hipodermis,dermis dan epidermis), sel kulit baru akan tumbuh bermula dari lapisan paling bawah kulit (hipodermis) dan kemudian akan travel naik ke atas lapisan paling luar kulit (epidermis), bayangkan kalau anda tak pernah buang lapisan sel kulit mati, lapisan sel kulit baru yang tumbuh ke atas tidak dapat timbul kerana dihalang oleh lapisan sel kulit mati tadi yang tak dibuang. Ini akan mengakibatkan kulit wajah kelihatan kusam, gelap dan tak glowing langsung walaupun dah pakai skincare yang hebat.
Jadi, dapat rasa tak pentingnya kena pakai makser untuk buang lapisan sel kulit mati agar kulit sentiasa kelihatan bersinar, sihat dan bermaya sebab sel kulit baru berjaya sampai ke lapisan paling atas(epidermis).Tambahan lagi, jika kulit sihat, liang pori bersih, bahan skincare seterusnya seperti toner,serum pelembap dapat diserap dengan lebih efficient. Haaaaa...faham tak kenapa pentingnya exfoliate kulit guna maker?
Jangan lupa kena tungggu 15-20 minit selepas apply masker, barulah cuci bersih-bersih ok.
3. Toner
Selepas dah pakai masker tadi, tentulah pori-pori wajah dah terbuka luas sebab masker tadi dah korek kotoran-kotoran dalam pori tadi kan, dia kasi bersih. Jadi, step seterusnya kenalah pakai toner, toner ni fungsi dia salah satunya adalah dapat mengecilkan pori ke bentuk asal. Bayangkan kalau anda tak tutup liang pori yang terbuka tadi? apa jadi? kita takut masa anda tidur, habuk atau kotoran lain masuk ke dalam liang pori, esok pagi bangun dah tumbuh jerawat? nanti anda salahkan masker Mary Kay pulak...hehe....so jangan skip pakai toner okay, dalam set botanical effect, toner dikenali sebagai freshen.
4. Pelembap
Step last sekali, kena pakai pelembap. Pelembap ni wajib dipakai oleh semua jenis kulit . Walaupun kulit anda berminyak ke tetap kena pakai pelembap tau, tak boleh kata " kulit aku berminyak lah, aku tak boleh pakai moisturizer, nanti kulit aku jadi lagi berminyak". No! untuk produk Mary Kay, orang kulit berminyak ada khas untuk kulit berminyak, kalau anda jenis kulit kering, ada pelembap khas untuk kulit kering ok.
Sebab tu penting untuk anda tahu jenis kulit anda sendiri, bukan suka-suka beli produk yang ada tulis "suitable fo all skin type", kalau anda kulit berminyak, produk all skin type tak membantu pun untuk control minyak di wajah anda. Faham tak?
So, kalau anda nak tahu Botanical Effect Formula berapa sesuai dengan kulit anda, cepat-cepat hubungi Cik Orkid thru whatsapp 013-9983106. Nanti Cik Orkid bantu analisis kulit anda dan suggestkan produk Mary Kay yang tepat.
KLIK UNTUK LIHAT TESTIMONI SET BOTANICAL EFFECT MARY KAY : FEEDBACK CUSTOMER
Online Beauty Consultant,
FB : Cik Orkid
IG : OrkidsBeautyShop
FB Page : Tips Kecantikan by OrkidsBeautyShop
0 Comments