Assalammualaikum, hai 🙋


Bila kita tahu punca jerawat, kita pasti akan tahu cara nak elak daripada jerawat. Betul kan ? 

Kalau masih tak tahu, akan jadi stress memikirkan "produk apa lagi nak pakai ni?" " produk apa yang sesuai nak rawat jerawat aku ni?"

Okay kat sini nak bagitahu ada 2 FAKTOR jerawat terjadi :

1. Kulit berminyak
2. Jangkitan kuman /bakteria

Jadi, dapat tahu 2 perkara di sini iaitu, dapatkan produk yang boleh control lebihan minyak & pastikan jangan sentuh-sentuh muka untuk elakkan daripada jangkitan kuman/bakteria...lalu merebak ke kawasan muka yang lain.

Selalu dengar tak JERAWAT PASIR?
Okay yang ni termasuk dalam kategori jerawat ringan/jerawat halus. Dia bukan jerawat sebenar.

Jerawat pasir ni lebih kepada whitehead dan blackhead dimana ia terjadi  disebabkan pori tersumbat dengan sebum.

Jerawat ni senang sekali nak rawat, boleh dirawat sendiri di rumah dengan amalan rutin penjagaan muka yang konsisten.

✔️Lakukan double cleansing
✔️ Pakai Masker seminggu 2@3kali
✔️ Lakukan Scrub
✔️Pemakaian skincare yang sesuai dan konsisten (jangan lupa memakai sunscreen) 

Lagi satu jenis jerawat adalah JERAWAT SEBENAR yang lebih serius/parah.

Jerawat jenis ni dia ada kuman, jerawat akan ada rasa sakit dan nampak merah. Semasa disentuh akan sakit dan sensetif. Jika dipicit keluar biji putih seperti butir nasi dan ada sedikit nanah.

Biasanya jerawat jenis Nodular dan jerawat batu. Jerawat tu sakit dari dalam kulit dan tidak bermata. Jika disentuh,kuman merebak akan bernanah.

Jerawat jenis ni biasanya boleh dirawat hanya dengan berjumpa doktor atau pakar kulit.

Doktor akan sarankan injection dan makan antibiotik.

Jangan jangan peningkan kepala lagi, jika anda rasa ada masalah jenis serius/parah terus berjumpa doktor.

Jika anda rasa anda ada masalah jerawat jenis ringan, boleh dapatkan khidmat nasihat masalah kulit anda dengan Cik Orkid. Kita lakukan analisis kulit terlebih dahulu dan memilih produk sesuai mengikut jenis kulit anda.

Hubungi 📲013-998 3106

Online Beauty Consultant,
FB :  KLIK ⏩  Cik Orkid
IG : KLIK ⏩ OrkidsBeautyShop



0 Comments