KULIT KERING DAN BERJERAWAT
Assalammualaikum 🙋 welcome to my blog celotehcikorkid.blogspot.com
JERAWAT adalah KEADAAN KULIT, jadi jerawat ni boleh terjadi pada semua JENIS KULIT.
Orang jenis kulit berminyak, kulit normal & kulit kering semua boleh alami masalah jerawat.
Beza tau KEADAAN KULIT dengan JENIS KULIT.
Jom kenali dulu 3 PUNCA Jerawat terjadi :
1) Terlalu banyak minyak dihasilkan di kelenjar minyak melebihi apa yang diperlukan oleh kulit, biasanya jerawat ni kita kaitkan dengan oil production (orang yang jenis kulit berminyak) , bila kelenjar minyak terlalu aktif, akan menyumbat pori, bila pori tersumbat maka jerawat terhasil.
2) Pori-pori tersumbat dengan sel kulit mati dan minyak. Biasanya terjadi pada orang yang jenis kulit kering. Kulit kering ni maksudnya kelenjar minyak dia tak aktif, tapi dia still ada sesuatu yang lain (sel kulit mati) yang menyumbat pori-pori dan hasilkan jerawat.
3) Serangan BAKTERIA (P ACNES). Boleh terjadi pada semua jenis kulit.
Orang kulit kering perlu jaga KELEMBAPAN KULIT. Skin barrier orang kulit kering LEMAH, mudah diserang bakteria/virus/radikal bebas. kalau salah pakai produk, produk tak sesuai, senang bagi reaksi negetif dan mudah breakout.
CARA RAWATAN UNTUK ORANG KULIT KERING?
1) PILIH PENCUCI MUKA YANG BERSIFAT LEMBUT
✅Tak banyak buih.
✅Ada label tulis 'untuk kulit kering' .
✅Ada bahan melembapkan
✅Ada bahan melegakan
Tak perlu cari yang Brightening atau whitening semua ni tak penting.
Rawat dulu LEMBAPAN KULIT & SKIN BARRIER.
2) PERLU EXFOLIATE KULIT
Eh! kulit kering perlu exfoliate ke?
PERLU, orang kulit kering kurang minyak je, SEL KULIT MATI tetap ada. Kitaran kulit tetap berlaku.
Pilih bahan yang paling gentle, pakai 2 kali seminggu.
3) PAKAI PELEMBAP MUKA UNTUK KULIT KERING
Asam keping nampak kecut, kering, kusam dan buruk, macam itu lah kulit jika dibiar kering, penuaan jelas kelihatan.
Rajin-rajinlah pakai pelembap jika takut menua dengan cepat.
4) WAJIB PAKAI SUNSCREEN
Cari sunscreen yang bersifat melembapkan kulit dan tak menyumbat pori. Jangan fail pakai di siang hari. SPF50 ke bawah sudah memadai.
JANGAN TIDUR TANPA PAKAI APA-APA SKINCARE DI MUKA
5) NIGHT CREAM IS THE BEST TIME FOR YOUR SKIN TO REPAIR ITSELF
Jadi bantu kulit itu, kulit kering dah lah tak keluarkan minyak, senang dapat kedutan, garis halus, ada pula jerawat, banyak masalah kan.
Jadi waktu malam pakai krim malam & pakai sleeping mask.
DAN...
Kalau ada jerawat senang je nak rawat, pakai ACNE KRIM SPOT SOLUTION. Spot treatment ni dipakai atas JERAWAT tu sahaja, bukan disapu satu muka. Boleh pakai siang dan boleh dipakai malam. Pakai selepas pakai pelembap muka. Dot dot kan sahaja atas jerawat.
SETIAP MASALAH ADA PENYELESAIANNYA, YANG PENTING KONSISTEN 💪
Cik Orkid merupakan Independent Beauty Consultant Mary Kay Malaysia yang SAH, telah membantu ramai para wanita dan lelaki mendapatkan kulit wajah yang sihat.
Jika anda berminat mendapatkan khidmat konsultasi daripada Cik Orkid, jangan malu jangan segan hubungi terus ke 013-998 3106.
Nak scan kulit KLIK SINI :
Hubungi 📲013-998 3106
Online Beauty Consultant,
FB : KLIK ⏩ Cik Orkid
IG : KLIK ⏩ OrkidsBeautyShop
FB Page : ⏩ Tips Kecantikan by OrkidsBeautyShop
0 Comments