Assalammualaikum, welcome to my blog celotehcikorkid.blogspot.com

Macam mana persediaan ibu-ibu untuk berpantang nanti? blur tak nak kena sediakan barang apa? 

Jom Cik Orkid kongsikan pengalaman sepanjang berpantang.

Berikut adalah senarai barang yang diperlukan untuk pantang bersalin.

1. MANDIAN HERBA

Dalam pantang ibu-ibu kena rajin dan biasakan mandi awal ye supaya dapat melakukan step-step berpantang yang betul dan teratur. Kalau bangun pukul 10 baru nak mandi susah la, bila masa nak bertungku?nak sarapan nasi panas pula jam berapa? kalau ibu mandi lewat, anak pula nak mandi bila? tengah hari? nampak tak jadual dah lari teruks 😂. So,ibu-ibu kena rajin dan ada jadual. Bila kita plan,plan tu mesti jadi. Orang putih cakap, If you fail to plan, you plan to fail. gitewww 😄

Jadual mandi : 
Pagi mandi jam 7.00 pagi, petang mandi dalam jam 5.00 petang.

Untuk bilasan akhir, mandi herba.

Daun herba boleh beli di shoppe (Link Shoppe) atau kalau duduk di kampung boleh je cari campuran daun herba seperti daun pandan,daun mengkudu, daun sireh,pokok dukung anak , daun serai wangi dan limau purut 😃

Cara mandian herba : 
⏩ rebus daun-daun herba sehingga mendidih kuat.
⏩ campurkan dalam air mandian ( 1/2 baldiair rebusan herba + 1/2 baldi air paip)
⏩ limau purut dipotong2 ,campur dalam baldi, buat gosok-gosok badan,badan akan rasa segar dan bau wangi je nanti.
⏩Tidak perlu dibilas, jadikan sebagai bilasan terakhir selepas mandi biasa.

2. PAKAI STOKIN


3. BERTUNGKU

Lepas mandi sedap bertungku.

Kalau dapat batu sungai lagi bagus, kalau takde beli je tungku moden elektrik. Tapi hati-hati dalam memilih tungku,elakkan beli tungku bantal ( yang ada cecair dalamnya) bahaya ,kalau banyak kali panas,takut meletup atas perut dan cecair tu buat kulit melecur (nasihat yang diberi oleh bidan).

Cara bertungku : 

Lakukan sesi bertungku lebih kurang 30 minit.

Cik Orkid pakai tunggu jenama Mahthika.

4. IKAT RAMBUT 

Beli getah rambut yang boleh tarik panjang, seperti gambar di bawah, boleh beli di eco shop ( RM2.10) atau mydin (RM1.90).

Penting ikat rambut tinggi-tinggi dan ketat. Elak angin masuk kepala. Jika baring, tidak ganggu atau tidak merosakkan ikatan rambut sanggul tadi.


5. PAKAI PARAM,PILIS,TAPEL

Pada mulanya Cik Orkid beli jenis serbuk, nak pakai kena bancuh air. Tapi disebabkan leceh dan lambat, kadang tak sempat buat sebab baby dah menangis, jadi suami belikan instant punya jenama Sariayu.

Sedap dan mudah pakai Sariayu, kadang pergi check up klinik kesihatan pun Cik Orkid pakai, sebab dia tak tinggal kesan macam kita pakai serbuk punya tu, takde lah malu kan 😂.


PARAM @ BODY CONTOUR HERBAL
Sapu pada seluruh anggota badan untuk melancarlan peredaran darah, badan akan rasa berangin dan segar je.

PILIS @ CALMING CREAM

Sapu pada dahi hingga ke atas anak rambut, bagi basah-basah anak rambut...sedap pakai. Pilis untuk mengelakkan atau meredakan migrain/pening kepala. Boleh pakai sehingga 44 hari.

TAPEL @ WARMING HERBAL

Sapu pada bahagian perut sebelum pakai bengkung. Meredakan sakit perut serta mengencangkan perut selepas melahirkan anak.Pakai sehingga habis pantang 44 hari.

Cik Orkid suka pakai bengkung tradisional ni.


6. MINUMAN MILK BOOSTER

Minum setiap pagi suam-suam, sedapnya 🤤🤤🤤 boleh beli bahan-bahan di eco shop atau shoppe.

Rebus campuran tersebut (50g) + air 500ml sehingga mendidih. Minum suam-suam.

Boleh google ye cara buat air milk booster ni, tujuan untuk memekatkan susu ibu dan memperbanyakkan susu.



7. SARAPAN NASI PANAS 

Kadang kalau kena ke klinik check up baby seawal pagi, Cik Orkid akan bawa bekal 😂😄makan dalam kereta. 

8. MINUMAN JUS KUNYIT DAN ASAM JAWA (nanti Cik Orkid update jika ada gambar)

Cara buat : tumbuk kunyit sehingga lumat (ambil jus pati kunyit tu) + air asam jawa 

Bagus untuk kesihatan dalaman wanita. Minum setelah bayi tiada demam kuning ye. Kalau bayi ada kuning jangan minum dulu.

9. PAKEJ 3HARI BERURUT SELEPAS BERSALIN

Selepas bersalin badan semua akan rasa letih dan sakit-sakit. Digalakkan mencari tukang urut khas untuk urut bersalin, urut lancar susu badan, urut kepala dan muka.

Bukan selalu kan nak manjakan diri, kumpul duit ambil pakej 3 hari terus 😃

10. PAKEJ PENUTUPAN PANTANG

Biasa dalam pakej ni ada sesi urut badan,urut kepala dna muka, sengkak perut,lulur,bertangkas,sauna dan mandi bunga.

Nah...inilah 10 perkara ibu pantang bersalin perlukan. Reward diri selepas penat bertarung nyawa mengandung dan melahirkan anak. Jangan abaikan penjagaan diri ketika berpantang, pantanglah betul-betul. Jangan jalan laju-laju, pakai bengkung setiap masa.

Dah habis baca? rasanya bermanfaat tak? jangan lupa tinggalkan jejak anda di ruangan komen ye. Jika ada tambahan info,boleh beritahu. Saya akan update dari masa ke semasa mengikut keperluan.

Terima Kasih sudi singgah blog Cik Orkid 😃


Jom kenali dengan lebih dekat siapakah Cik Orkid 😃


Cik Orkid merupakan Independent Beauty Consultant Mary Kay Malaysia yang SAH, telah membantu ramai para wanita dan lelaki mendapatkan kulit wajah yang sihat.

Ini merupakan testimoni para pelanggan Cik Orkid yang menggunakan Mary Kay untuk merawat masalah kulit wajah.


Jika anda berminat mendapatkan khidmat konsultasi daripada Cik Orkid, jangan malu jangan segan hubungi terus ke 013-998 3106.

Nak scan kulit KLIK SINI :



Hubungi 📲013-998 3106

Online Beauty Consultant,
FB :  KLIK ⏩  Cik Orkid
IG : KLIK ⏩ OrkidsBeautyShop
























0 Comments