STEP BY STEP PAKAI SKINCARE
Assalammualaikum ❤️❤️
Hari ni Cik Orkid akan share mengenai basis skincare routine. Kenapa kena ada semua ni.
Bila sebut mengenai ASAS bermaksud benda yang wajib dilakukan sahaja, tidak termasuk suppliment tambahan seperti serum dan sebagainya.
Cik Orkid akan share 5 basic skincare routine yang perlu ada untuk kulit wajah kekal sihat.
1st mestilah pakai pencuci muka.
Tujuannya adalah untuk bersihkan muka daripada segala jenis kotoran minyak,habuk,peluh,sel kulit mati yang senang keluar dan kesan mekap.
Ada banyak jenis pencuci muka, mesti pilih mengikut concern kulit masing2 ok.
Jangan sebarang beli & pakai. Pencuci Mary Kay sendiri ada banyak range daripada mengikut umur,jenis kulit dan masalah kulit.
Mesti ada beauty consultant yang guide korang sebelum memilih mana satu yang bersesuaian.
Biasanya beauty consultant Mary Kay akan buat skin analysis dulu, kena pastikan dulu sejarah skincare rountine korang yang sebelum-sebelum ni,pernah ke pakai produk timbang kilo? pernah pakai ke skincare? da ada basic skin routine tak sebelum ni? apa concern utama korang pakai skincare? nak rawat jerawat ke,nak rawat masalah jeragat ke? tona tak sekata ke? kulit terlalu kering or berminyak ke...semua ni beauty consultant akan buatkan analysis dulu sebelum suggestkan pencuci/produk yang sesuai.Best kan?
AWAK PAKAI PENCUCI MUKA APA ?
So, macam Cik Orkid, ada 2 jenis yang Cik Orkid pakai iaitu ClearProof Clarifying Cleansing Gel & Timewise 3d 4-1 Cleanser combination/oily.
ClearProof Cleansing Gel ni Cik Orkid pakai bila mana muka breakout sebab period atau hormon acne muncul dan bila muka terlampau berminyak.So,fokus kat sini nak merawat masalah jerawat & kulit yang terlalu berminyak. Ada masa2 nya memang kulit akan berubah tau, tak semestinya akan breakout selalu,kadang ada masa dia ok, kadang ada masa timbul jerawat2 hormon.
Timewise 3d pula, Cik Orkid pakai oily skin type punya sebab kulit memang jenis berminyak and pakai bila kulit muka takde timbul jerawat batu. Bila rasa kulit macam okay,tak sensetif, tiada masalah jerawat batu besar tu, Cik Orkid tukar pakai pencuci muka tw3d je. Kiranya fokus nak cerah sikit and kulit bersih dan sihat.
So, Cik Orkid akan tukar2 pakai mengikut keadaan.
Cik Orkid memang dah try and error banyak range tau, akhirnya 2 type ni je yang sesuai dengan masalah kulit Cik Orkid sebab banyak kali dah masuk kelas product knowledge 🤭
Bila kita dah pakai semua,dah rasa,dah faham,takde lagi masalah tukar2 pencuci tiap bulan tau.
So kalau korang nak tahu korang sesuai pakai pencuci apa? boleh tanya Cik Orkid, insyaallah Cik Orkid akan bantu korang.
Jangan risau Produk Mary Kay ada 90 days g u a r a n t e e , maknanya, kalau sepanjang tempoh 90 hari pakai, rasa macam tak sesuai ke, boleh tukar ada terma & syaratnya lah tapi tak susah pun 😃 sebab Cik Orkid kan ada 🤭
Okay gais, basic skincare yang kedua Cik Orkid nak cerita ialah tentang exfoliation.
Exfoliation ni proses buang sel kulit mati, kalau nak jimat lakukan je kat rumah seminggu 2@3 kali.
Exfoliation wajib buat kalau taknak kulit kusam,tona tak sekata,muka tak berseri.
Sebab Sel kulit mati ni dia akan travel tau,daripada lapisan bawah kulit naik sampai ke atas permukaan kulit muka,kalau dah sampai lapisan atas,then tak buang (tak pakai masker/scrub) , sel kulit mati tu akan terkumpul dan jadi berlapis2 ,kulit muka akan nampak gelap dan kusam.
Kalau tak buang sel kulit mati ni, apa jadi pada sel kulit baru yang tumbuh? dia akan berada bawah lapisan sel kulit mati tu lah,dia x timbul kat permukaan kulit sebab dah terhalang dek sel kulit mati tadi.So,pakai la 9@10step korea skincare ,kulit takkan nampak berseri kalau terskip step ni 😂
Orang yang muka dia nampak cerah berseri2 tu tau tak mereka tak skip rutin pakai masker/scrub tiap minggu, jadi fungsi skincare yang lain2 macam serum,toner,moisturizer tu semua dapat serap masuk dalam kulit dengan lancar,dapat bagi vitamin n rawat kulit 100% efficient tau. Product dapat works 100%.
So, korang rasa basic ni penting tak kena buat?? hehehe...
Boleh pilih nak guna chemical exfoliant @ physical exfoliant.
Kalau beginner, yang baru nak ada basic skincare routine better pilih physical exfoliant dulu ,jangan terus2 nak pakai yang chemical okay. Chemical exfoliant ni kena ada basic skincare yang strong dulu baru leh upgrade ke extra2 treatment yang advance.Ilmu tu penting ye, tak tahu tanya je Cik Orkid 😃
Contoh2 produk yang boleh buang sel kulit mati ialah seperti botanical mask,microdermabrasion Refine scrub, timewise repair facial peel, charcoal mask dan ada lagi yang lain2.
Dalam Mary Kay ada banyak range, haaaa,nak tahu mana yang sesuai kena lah dapatkan consultation daripada Cik Orkid 🤭 heheh..jangan risau,free service je gais.
Setiap Selasa & Sabtu Cik Orkid akan pakai masker , bila kita dah set hari apa kena pakai masker, confirm kita takkan terlupa atau ter'skip' rutin buang sel kulit mati tau.
Kalau kita tak plan, mesti rutin kita jadi caca marba tau, tapi bila kita dah set hari, misal kata kalau selasa kita busy sangat & terskip,kita boleh gantikan dengan rabu.Semua customer Cik Orkid pun, Cik Orkid dah set kan pakai hari yang sama, so senang bila nak follow up 👍
Ada 2 jenis masker Cik Orkid pakai mengikut keadaan kulit 😃
⏩Charcoal mask & ⏩Botanical Effect Mask
Okay, Cik Orkid sambung step ke -3 dalam basic skincare routine, iaitu pakai toner atau softener atau fresher atau essence water.
Toner ni atau CO panggil Softener secara am nya berfungsi untuk menanggalkan sisa kotoran yang tidak dapat dibersihkan oleh pencuci muka, kemudian sangat membantu mengurangkan keketaraan liang pori.
Perasaan tak,kalau cuci muka tapi lepas tu tak pakai apa2 pelembap, liang pori makin lama semakin besar lubang dia..nampak ketara..jerawat pun senang naik sebab lubang tadi senang dimasuki oleh habuk2/minyak...naik whitehead,blackhead dan seterusnya muncul jerawat.
Jadi, penting sangat pakai softtoner selepas cuci muka.
Softener sendiri pun ada banyakkkk jenis, pilih ikut concern kulit masing2 juga.
Ada softener untuk hydrating (Timewise softener), ada untuk brighterning (seperti lumivie) , ada untuk mematikan bakteria jerawat (seperti toner clear proof) dan sebagainya. Nak tahu mana yang sesuai kena lah tanya beauty consultant Mary Kay. Tanya CO aje 😄
kebaikan Sofener Mary Kay
Apa softener ni boleh buat untuk dapatkan kulit sihat dan cantik.
Toner atau Softener ni sesuai untuk semua sebab dia bersifat gentle jadi sesuai juga untuk kulit sensetif.
Pakai selepas cuci muka. Kenapa?
1. Berfungsi sebagai double cleanse. Membersihkan sisa kotoran walaupun dah cuci dengan pencuci muka.
2. Seimbangkan nilai pH wajah.
Lembapkan kulit yg kering selepas mencuci muka.
3. Kecilkan liang pori. Biasanya liang pori akan terbuka ketika mencuci muka.
4. Maksimakan penyerapan skincare seterusnya seperti serum/moisturizer. Jadi kita akan dapat kesan produk dengan lebih cepat.
5. Yang paling penting, softener ni BEBAS ALKOHOL.
Jadi kulit tak akan rasa pedih bila kita apply pada kulit wajah. Kebanyakan toner di pasaran mengandungi alkohol.
6. Anti aging (sebab tu nama dia Timewise)
Ia merupakan antioksidan yang dapat meneutralkan kembali radikal bebas dengan meransang petumbuhan sel2 kulit tua & rosak dan menggantikan dengan yang baru supaya lebih sihat dan muda.
Jom sambung step ke-4 , apa basic skincare yang perlu ada dan perlu pakai setiap hari untuk menjaga kulit muka agar sihat & tidak kering.
Selepas 1)mencuci, 2)buang kulit mati,3)pakai toner ,step ke 4)pakai pelembap.
Pelembap item paling penting kena ada dan pakai setiap hari.
Tujuan pakai pelembap ni untuk :
1) Seal all the goodness yang kita dah pakai tadi
2) Menghalang lembapan hilang daripada kulit
3)Pelembap juga akan memastikan lembapan tu akan stay atas kulit muka
4) Pelembap akan menjadikan sentiasa halus & kulit lembut
Apa akibat tak pakai pelembap?
Kulit akan menjadi kering ,terasa gatal-gatal,menggelupas atau terkopek.😱
Bila kurang lembapan,kulit mudah naik kedutan atau garis halus, muka akan kelihatan tua dari umur sebenar. Seram kan ? 😄
So, setiap hari mesti pakai pelembap ok💪
Dalam Mary Kay, ada banyakkk range pelembap yang semua orang boleh pilih mengikut keperluan kulit masing2.
Jenis kulit berminyak pun wajib pakai pelembap ye, ada orang dia ingat kulit kering je kena pakai pelembap.
Sebenarnya,kulit yang terlalu kering,akan mengeluarkan minyak yang banyak untuk cover kekeringan tadi, bila kulit jadi berminyak,akan menyebabkan masalah pori tersumbat,bila pori tersumbat,jerawat senang muncul 👌
Kalau jenis kulit kering pula, tak pakai pelembap,mudah timbul garis halus dan mudah mendapat jeragat 😱
Jadi, tak kira siapa pun, kena ada rutin pakai pelembap ok 👍
Step terakhir dalam basic skincare routine yang wajib kena ada semestinya SUNSCREEN ATAU SUNBLOCK.
KENAPA WAJIB PAKAI SUNCREEN ?
Untuk mengelakkan risiko dapat kanser kulit, supaya muka tak cepat kedut terutamanya kat tepi2 mata tu, nak elakkan garis2 halus ,nak elak dapat pigmentation,nak elakkan risiko dapat jeragat.
Bila pakai sunscreen atau sunblock , kita boleh lambatkan proses penuaan pramatang.
Bukan kata kita akan muda selamanya tau, tapi kita boleh lambatkan proses aging,kita tak tua sebelum masa.Faham kan? 😄
PENTING !
Cari sunscreen yang ada perlindungan SPF & PA @ Broad Spectrum! bukan tulis ada spf semata, tapi perlu ada PA+++ juga.
SEBAB?
Sinar matahari ada 2 jenis sinar UVA & UVB (kat sini saya tak cerita pasal UVC tau)
Ada 2 jenis sunscreen yang kena tahu sebelum kita pilih nak pakai yang mana sesuai dengan kulit kita.
PHYSICAL SUNSCREEN & CHEMICAL SUNSCREEN
So,nak pakai yang mana? nak pilih yang mana?
Yang terbaik pilihlah yang kita AKAN konsisten pakai hari-hari.
Physical Sunscreen ni - dia akan PANTULKAN balik sinar uva & uvb yang terkena pada kulit
Chemical Sunscreen - uv tu dia akan masuk ke dlm kulit ,lepas tu berlaku chemical reaction yang akan menukarkan uv tu jadi sesuatu yang lain, then dia akan lepaskan ke udara,lepastu kita akan rasa kulit macam ada haba..macam panas2 sikit.
So kalau pakai sunscreen ada rasa panas2 macam tu, mybe tu jenis chemical sunscreen.
Kalau kulit jenis sensetif,better pilih physical sunscreen je.
Macam mana nak tahu tu jenis physical sunscreen ke chemical? rujuk pada bahan2 yang ada dalam sunscreen tu,So kena ada ilmu la. Jom Cik Orkid guide 😍 Pakai Mary Kay senang je nak pilih😄
Nak tahu mana yang sesuai,jom buat analisis kulit dulu, whatsapp je Cik Orkid tau. Its Free consultation 😍
Ada yang tanya, kalau dalam cc cream,bb cream dah ada spf/pa macam mana? kena pakai sunscreen juga ke?
Yes! better pakai juga sunscreen sebab biasa nya foundation semua tu,kita bukan pakai dalam kuantiti yang banyak macam kita pakai sunscreen, so tak cukup nak protect skin daripada uv.
Berapa banyak dose sebenar nak pakai sunscreen ???
Dia ada unit ukuran sebenarnya, pakar ada sebut gunakan fingertips unit=ft unit.
Mula-mula ukur dulu besar muka kita, adakah muka kecil atau lebar?
Biasanya muka sebesar 2 tapak tangan (ha, cuba letak tapak tangan di muka awak, mesti besar 2 tapak tangan kan?)
So kalau muka besar 2 tapak tangan, pakailah 2ft (2 ruas Jari).
Tapi Cik Orkid biasanya pakai ukuran sebanyak 1 1/2 ruas jari je, kalau banyak sangat rasa macam lemas pula 😂
Dan jangan lupa reapply setiap 3@4 jam sekali okay 💪
Cik Orkid merupakan Independent Beauty Consultant Mary Kay Malaysia yang SAH, telah membantu ramai para wanita dan lelaki mendapatkan kulit wajah yang sihat.
Jika anda berminat mendapatkan khidmat konsultasi daripada Cik Orkid, jangan malu jangan segan hubungi terus ke 013-998 3106.
Nak scan kulit KLIK SINI :
Hubungi 📲013-998 3106
Online Beauty Consultant,
FB : KLIK ⏩ Cik Orkid
IG : KLIK ⏩ OrkidsBeautyShop
FB Page : ⏩ Tips Kecantikan by OrkidsBeautyShop
0 Comments