TIPS MENYUSU BAYI UNTUK BAKAL IBU DAN CARA TURUNKAN KUNING BAYI
Assalammualaikum, welcome to my blog celotehcikorkid.blogspot.com
Ada yang teragak-agak, nak kena bawa breast pump ke hospital ke? Nak kena bawa ke tak ye? bukan lama pun duduk dalam wad tu,esok esok dah balik.
Yes! Perlu. Anda perlu bawa brest pump, tak kisah jenis manual ke ,elektrik ke,jenis murahan ke,jenis mahal ke, bawa je 😃
Tapi kalau bawa tanpa ilmu menyusu tak guna juga kan, bawa breast pump sebab ikut-ikut orang, bawa sebab baca di blog dan sebagainya.
Bagi Cik Orkid, nak buat sesuatu tu mesti study dulu, dapatkan sedikit ilmu agar kita buat tu betul dan menjadi. Takde lah membazir beli breast pump, akhirnya simpan dalam store. Betul kan?
Jom Cik Orkid kongsikan sedikit pengalaman buat bakal ibu di luar sana.
Selepas je bersalin, misi akan siapkan baby,mandikan baby dan akan serahkan kepada ibu untuk di susu kan jika tiada apa-apa masalah pada bayi.
Misi akan cek bayi pandai hisap ke tidak, bagi ibu baru ,yang pertama kali melahirkan anak dan pertama kali nak menyusui bayi, anda boleh minta tunjuk ajar daripada misi yang bertugas. Pastikan anda lakukan teknik pelekapan menyusu yang betul.
Ketika berada di wad, perbanyakkan menyusukan bayi. Sebab sebelum dibenarkan keluar wad misi akan tanya bayi dah kencing?bayi dah berak? kalau belum,lagi lambat la nak discaj. So, jom kita jadi ibu yang bijak.
Apa maksud perbanyakkan menyusukan bayi?
Adakah kena sentiasa bagi bayi nyonyot payudara sampai melecet?adakah kena nyusukan bayi sampai ibu tidak dapat rehat dan sakit pinggang?
Tidak ye, Cik Orkid kongsikan Tips untuk ibu menyusu di luar sana, nak tahu tak?
Tips menyusu bayi yang lebih efektif dan cara turunkan kuning bayi :
1. Kena ada perancangan masa
Susu kan bayi setiap 2jam atau 3 jam sekali. Macam Cik Orkid, guna sifir 2.
Jam 2petang,4 petang,6 petang,8 malam,10 malam,12 tengah malam, 2 pagi,4pagi,6 pagi,8 pagi,10 pagi,12 tengah hari , 2 petang semula dan seterusnya...
Boleh juga guna sifir 3 (untuk 3 jam sekali)
Bila kita dah rancang masa penyusuan, kerja menyusu bayi akan jadi lebih mudah dan konsisten, malahan ibu bersalin juga dapat masa berehat yang lebih tenang. Pastikan ibu juga tidur dan berehat jika bayi sudah kekenyangan dah lena.
Cik Orkid siap set alarm tau, setiap 2 jam paksa diri bangun dan menyusukan bayi.
Sebab bayi yang baru lahir (lagi-lagi bayi yang ada kuning, akan lebih banyak tidur) , bagi ibu yang pertama kali , biasanya mereka tidak tahu dan anggap "baguslah bayi tidur je,dapat aku rehat", padahal itu anggapan yang salah ye, ibu kena tahu dan kena kejutkan bayi untuk menyusu, sebab tu Cik Orkid pesan jadual penyusuan yang konsisten sangat penting.
2. Kena tahu berapa banyak susu bayi anda minum
Untuk 24jam pertama adalah sangat penting untuk bayi dapatkan susu awal, iaitu susu kolestrum (susu berwarna kekuningan,pekat dan sedikit melekit) ,biasanya susu kolestrum ni ada daripada hari pertama hingga ke lima. Selepas 5 hari, barulah keluar susu putih yang cair.
Susu kolestrum tinggi nutrisi sangat bagus untuk antibodi bayi dan mengelak bayi dapat kuning. Rugi kalau tak bagi susu awal ini kepada bayi anda.
Di sini pentingnya BREAST PUMP tadi. Pump susu untuk ukur berapa banyak bayi anda minum.
Pernah dengar tak ,
Misi : bayi minum susu banyak tak?
Ibu : entah la, bayi asik tidur je.
Misi : kamu kena kejut, kalau dia bangun menyusu,berapa lama dia nyusu? agak-agak banyak tak dia minum ?
Ibu : blur..tak tahu nak cakap apa...sebab memang tak pernah ukur kan, bagi direct feed, macam mana nak tahu bayi dah minum berapa banyak.
Jadi, untuk bab ni, kena lah pump susu, dan berikan kepada bayi anda.
Untuk bayi yang baru lahir biasanya keperluan 60ml, tapi untuk hari pertama mungkin boleh try 30ml dulu sebab susu pun belum banyak lagi kan, jika tak cukup, next sesi boleh tambah kepada 48ml dan seterusnya sehingga cukup 60ml (biasanya start hari ke lima atau ke enam baru dapat susu yang banyak ,jadi jangan stress ye ibu jika susu keluar sedikit ,bukan tak cukup )
Biasanya awal-awal keperluan bayi sedikit sahaja, jadi susu pun akan keluar sikit, jangan ibu-ibu ingat susu ibu tak cukup.
Cik Orkid nak kongsikan cara untuk banyakkan susu : Lebih rajin ibu kosongkan payudara, lebih banyak susu akan terhasil, kena sabar, rajin,ada jadual pump susu,konsisten...lama-lama..susu akan jadi banyak.
📢 High demand, high supply !
Jadual Cik Orkid macam ni,
Contoh ambil sifir 2,
2petang,4 petang,6 petang......dan seterusnya
Cik Orkid akan set alarm bangun pump 1.30petang,jam 2petang wajib kejut baby untuk minum susu yang di pump tadi.Tapi sebelum bagi, Cik Orkid akan bagi bayi direct feed dulu, bagi dia isap payudara, biasanya bayi akan tidur dan malas nak isap..😄 jadi, bila kita dah pump siap-siap, kita bagi pada bayi, sudah tentu kita tahu bayi cukup susu ke tak..sebab dah ada ukuran ml.
Untuk hari pertama memang susu yang di pump sangat sedikit, kadang ibu-ibu yang tiada ilmu, akan rasa give up...rasa susu takde,susu sikit... (please jangan compare diri dengan ibu-ibu lain yang susu meriah, know youself, cukup tak awak usaha secara konsisten bagi bayi menyusu? ikut tak jadual menyusu bayi? kalau tak cukup usaha, memang susu tak dapat banyak la)
Belajar jadi ibu yang sabar,rajin dan konsisten menyusu bayi.
MACAM MANA NAK BAGI BAYI MINUM SUSU YANG DI PUMP ? KALAU BAGI BOTOL TAKUT BAYI TAK NAK ISAP PAYUDARA, TAKUT BAYI CONFUSE.
Ada 2 cara Cik Orkid guna :
**Sebelum guna 2 cara ni, bagi dulu bayi hisap payudara, kemudian baru lakukan 2 cara ini.
Selepas bayi sihat dari kuning, tak perlu dah lakukan cara ini, nyusukan bayi seperti biasa.
Cara kedua : suap guna cup kecil (cik Orkid guna cawan sukatan ubat tu), biasa beli ubat demam kan dapat cawan sukatan ubat, ha gunakan cawan kecil tu la)
3. Pastikan bayi kencing dan berak
Nak tahu bayi cukup susu ke tak, tengok la, kalau banyak kencing berak, dah cukup lah tu susu nya. Kalau bayi ada kuning, lebih cepat sembuh jika kerap kencing dan berak.
4. IBU HARUS ELAKKAN DULU MAKAN HALIA, KUNYIT, LADA HITAM
Makan rebus-rebus kosong dulu contoh ikan+bawang putih+asam keping+sayuran.
Inilah makanan Cik Orkid setiap hari sepanjang bayi kuning, alhamdulillah, hari ke 9 kuning dah tiada.
Mudahkan? hanya praktiskan 4 amalan ini sahaja dapat membantu ibu-ibu di luar sana tentang ilmu penyusuan.
Didoakan semoga semua ibu-ibu dapat menyusukan bayi sehingga umur anak 2 tahun.
Jom kenali dengan lebih dekat siapakah Cik Orkid 😃
Cik Orkid merupakan Independent Beauty Consultant Mary Kay Malaysia yang SAH, telah membantu ramai para wanita dan lelaki mendapatkan kulit wajah yang sihat.
Ini merupakan testimoni para pelanggan Cik Orkid yang menggunakan Mary Kay untuk merawat masalah kulit wajah.
Jika anda berminat mendapatkan khidmat konsultasi daripada Cik Orkid, jangan malu jangan segan hubungi terus ke 013-998 3106.
Nak scan kulit KLIK SINI :
Hubungi 📲013-998 3106
Online Beauty Consultant,
FB : KLIK ⏩ Cik Orkid
IG : KLIK ⏩ OrkidsBeautyShop
FB Page ⏩ Tips Kecantikan by OrkidsBeautyShop
Youtube Channel ⏩ ORKIDS CHANNEL
0 Comments