Hai, Assalammualaikum. Welcome to my blog celotehcikorkid.blogspot.com

Ibu-ibu mesti risau bila bayi batuk, selesama dan berkahak sebab bayi tidak pandai mengeluarkan hingus atau kahak sendiri. 

Bila selesema dan hidung tersumbat bayi susah nak tidur lena dan kurang menyusu sebab tak selesa. Ibu pun jadi letih tak cukup rehat, lagi-lagi masih dalam tempoh berpantang. 

Jika dibiarkan takut jangkitan kuman pula. 

Jom Cik Orkid kongsikan cara mudah, hanya gunakan bahan yang ada di rumah sahaja. 

Inilah hingus pekat yang keluar dari hidung bayi selepas sesi wap menggunakan bawang putih. 

Cik Orkid buat selepas mandikan bayi pada waktu pagi dan petang. 

Sebelum lakukan sesi wap, boleh sapukan minyak di dada bayi dan belakang bayi. 

Cik Orkid gunakan Minyak Herba Asmak sebagai ikhtiar. 

Selain tu, boleh juga sapu minyak telon jika tiada minyak Herba Asmak ni. 

Kemudian, sediakan bawang putih dan ketuk bagi pecah seperti gambar di bawah. 

Cik Orkid tak bakar pun bawang putih tu, ambil mentah, ketuk dan terus masukkan dalam periuk, kemudian tambahkan air, bila keluar wap, dengan berhati-hati, pegang bayi dan wapkan ke arah hidung nya sambil buat tepuk percussion ( tangan melengkung). 

Tepuk percussion bertujuan untuk melonggarkan kahak dan memudahkan pengeluaran kahak. 


Cik orkid tak gunakan periuk, Cik Orkid gunakan little bean sterillizer sebab air bawang putih ni mudah jadi wap dan bila habis air dia padam sendiri. 

Sebenarnya sterillizer ni Cik Orkid gunakan untuk sterillize botol susu, disebabkan kaedahnya keluarkan wap, Cik Orkid ambil kesempatan ni. 

Kalau dulu sebelum ada sterillizer, Cik orkid gunakan periuk dan panaskan guna dapur gas je. Tapi kena lebih berhati-hati lah sebab melibatkan air panas, api dan periuk panas. 

Ini gambar bila air start mendidih dan mula mengeluarkan wap. 

Bila wap dah berkepul keluar, pegang bayi dengan selesa. 

Cik Orkid alas bantal di peha dan acu hidung bayi ke arah wap, jangan terlalu dekat ye, wap panas, sian bayi. 

Bayi akan bersin kuat bila sedut wap bawang putih tadi dan hingus pekat keluar. 

Ha, lega hati ibu selepas beberapa kali bayi bersin dan keluar hingus/kahak. 

 Bayi akan lebih selesa menyusu dan tidur selepas sesi wap ini. 

Semoga perkongsian ini memberi manfaat kepada ibu-ibu di luar sana yang buntu untuk mengeluarkan kahak bayi. 

Selamat Mencuba, jika dah mencuba cara ini, boleh komen feedback agar ibu lain dapat keyakinan dan mencubanya juga. 

Jom kenali dengan lebih dekat siapakah Cik Orkid 😃


Cik Orkid merupakan Independent Beauty Consultant Mary Kay Malaysia yang SAH, telah membantu ramai para wanita dan lelaki mendapatkan kulit wajah yang sihat.

Ini merupakan testimoni para pelanggan Cik Orkid yang menggunakan Mary Kay untuk merawat masalah kulit wajah.


Jika anda berminat mendapatkan khidmat konsultasi daripada Cik Orkid, jangan malu jangan segan hubungi terus ke 013-998 3106.

Nak scan kulit KLIK SINI :



Hubungi 📲013-998 3106

Online Beauty Consultant,
FB :  KLIK ⏩  Cik Orkid
IG : KLIK ⏩ OrkidsBeautyShop
Youtube Channel ⏩ ORKIDS CHANNEL

Cik Orkid juga jual cadar exclusive tau. Biasa dengar orang jual cadar hotel? ha.. Cik Orkid jual cadar hotel 7in1 & 5in1, ada pelbagai saiz king, queen dan single. 

Yang bercorak pun ada 😍

Boleh terus whatsapp Cik Orkid untuk pilihan corak dan saiz yang lain. 
























0 Comments