RESEPI SUP KAMBING KAW KAW SEDAP | NOXXA

Assalammualaikum, welcome to celotehcikorkid.blogspot.com



Rasa daging kambing itu sendiri dah memang sedap, jadi kalau masak sup kambing,Cik Orkid memang tak guna banyak rempah sebab nak hirup sup kambing tu puas-puas...jadi xnak lah ada rasa rempah ratus kasar2 masuk ke mulut sekali.

Kat sini Cik Orkid kongsikan cara masak Sup Kambing simple tapi sedap sampai tak perasan Mak Mertua lalu 😄

BAHAN-BAHAN : dihiris*

1kg daging/tulang kambing
1 biji bawang besar*
5 ulas bawang putih*
1 inci halia*
4 Sekawan ( bunga lawang,bunga cengkih,buah pelaga dan Kayu Manis)
Rempah Kurma 2@3 sudu makan

Daun ketumbar
Kentang
Carrot


CARA-CARA GUNAKAN NOXXA :

(Tekan butang STIR-FRY),panaskan minyak.

1. Tumiskan 4 sekawan dan bahan hiris sehingga layu dan naik bau. 
2. Masukkan 2 sudu makan rempah kurma dan tumis lagi sehingga sedikit garing atau naik minyak. (***update tambahan : kalau periuk terlalu panas sangat, takut bahan tumis hangit, off sekejap stir fry tu, da sejuk skit, bahan dah garing, baru onn balik stir fry)

3. Masukkan daging kambing, gaul sebatikan dengan bahan tumis, biarkan diperap bersama sekejap.
4. Masukkan air paras daging dahulu (kalau nak tambah kuah lebih, tambah masa last sebelum padam api)
5. Masukkan separuh dahulu daun ketumbar, garam, kiub pati daging/ayam.
6. (TEKAN BUTANG HP40minit) untuk empukkan daging.

Selepas 40minit,daging dah empuk. Buang wap dulu sebelum buka penutup periuk,alas kain atasnya supaya wap panas tak bersepai 😆 atau tak membasahi ruangan dapur.

7. (TEKAN SEMULA STIR FRY) didih kan semula sup. Masukkan Kentang dan Carrot. Masak sehingga empuk. Adjust rasa masin,tambahkan garam jika perlu.
8. Last sekali masukkan daun ketumbar,tomato jika nak dan bawang goreng sebagai hiasan. Jika kuah terlalu pekat, tambahkan air lagi.


Siap!

Video cara masak boleh tengok kat  sini : 




Kalau dah cuba, share lah feedbacknya ya 😊 tinggalkan jejak anda di ruangan komen blog atau youtube #orkidschannel ok.

LIKE~KOMEN~SHARE~SUBSCRIBE YOUTUBE ORKIDS CHANNEL

Kalau nak RESEPI NIAGA yang lain boleh klik link ini :




Jom kenali dengan lebih dekat siapakah Cik Orkid 😃


Cik Orkid merupakan Independent Beauty Consultant Mary Kay Malaysia yang SAH, telah membantu ramai para wanita dan lelaki mendapatkan kulit wajah yang sihat.

Ini merupakan testimoni para pelanggan Cik Orkid yang menggunakan Mary Kay untuk merawat masalah kulit wajah.


Jika anda berminat mendapatkan khidmat konsultasi daripada Cik Orkid, jangan malu jangan segan hubungi terus ke 013-998 3106.

Nak scan kulit KLIK SINI :



Hubungi 📲013-998 3106

Online Beauty Consultant,
FB :  KLIK ⏩  Cik Orkid
IG : KLIK ⏩ OrkidsBeautyShop
Youtube Channel ⏩ ORKIDS CHANNEL


Cik Orkid juga jual cadar exclusive tau. Biasa dengar orang jual cadar hotel? ha.. Cik Orkid jual cadar hotel 7in1 & 5in1, ada pelbagai saiz king, queen dan single. 


Yang bercorak pun ada 😍




Boleh terus whatsapp Cik Orkid untuk pilihan corak dan saiz yang lain. 
























1 Comments

  1. kat rumah ni mmg kami suka kambing, buat sup, buat gulai...haishh dah terliur pulak dahh

    salam kenal cik orkid

    ReplyDelete