Cara buat apam balik
Assalammualaikum, welcome to my blog celotehcikorkid.blogspot.com
Kali ni Cik Orkid nak kongsikan resepi dan cara buat apam balik homemade.
Jom kita tengok bahan-bahannya :
BAHAN A : Ayak
2 cawan tepung gandum
2 1/2 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikabonat
BAHAN B : Pukul sampai kembang
1/2 cawan gula
1 biji telur
1/2 sudu kecil esen vanilla
BAHAN C : Cairkan
2 sudu makan margerin
Kacang hancur
Gula
Jagung tin creamy
Sedikit butter
CARA BUAT APA BALIK
Satukan semua bahan A, B & C dan tambahkan sedikit garam dan pewarna kuning.
Nanti adunan jadi macam ni.
Kemudian, tutup adunan dna rehatkan selama 1/2 jam.
Selepas 1/2 jam, jom kita start masak.
Lenggangkan adunan atas kuali macam gambar di bawah.
Tapi sebelum angkat, sapukan dulu sedikit margerin atas apam balik.
Kalau nak tengok video step by step boleh tekan link di bawah ye.
Terima Kasih.
Tinggalkan jejak anda dengan komen di bawah ye.
0 Comments