Cara buat inti karipap kentang yang mudah | Tips cara masak inti karipap jadi lebih sedap
Assalammualaikum,
5 sudu makan serbuk rempah kari.
Gaul sebatikan kentang dengan rempah tadi, kemudian masukkan air paras kentang.
Jom Cik Orkid share resepi inti karipap yang mudah dan sedap, ada tips penting untuk masak inti karipap jadi lebih ketagih.
Bahan-bahannya sangat mudah, kebanyakkan resepi inti karipap sama je, bezanya pada cara memasaknya. Kalau salah teknik, jadi kurang kaw bila makan.
Apa tekniknya tu Cik Orkid? ha.. baca sampai habis ye.
Bahan tumis,
1 biji bawang besar
2@3 ulas bawang putih
2 tangkai daun kari
5 sudu makan serbuk rempah kari.
Tip ** gunakan campuran 2 jenis rempah kari iaitu serbuk rempah kari ikan babas (kuning) dan serbuk rempah kari daging baba (hijau) .
Ada beza pada rasa tau untuk kedua jenis rempah kari ni, kalau nak rasa kari yang lebih mantap dan kaw, kena campur kedua jenis ni.
Isi ayam potong dadu, Cik Orkid gunakan isi bahagian dada ayam.
Agak- agak je nak letak banyak mana isi ayam tu, nak rasa ayam lebih, letak la lebih. Cik Orkid letak dalam 2 genggam isi ayam.
Memang sedap tau inti kentang bersama ayam ni, bila tergigit isi ayam tu, fuh.. rasa kayangan je tau, dengan rasa rempah kari yang terserap dalam isi ayam tu, mantap betul Cik Orkid rasa.
Tips ** kalau tak nak guna ayam/daging, boleh letak ikan bilis/udang kering ye, cuci bersih ikan bilis, kemudian tumbuk guna lesung sikit, nanti masa tumis bawang letak sekali ikan bilis yang ditumbuk tadi. Baru ada umpp!!
3 biji kentang dipotong dadu. Kalau saiz kentang kecil, gunalah lebih ye. Kentang Cik Orkid jenis yang besar, so guna 3 biji je.
Tip ** Cara potong kentang pun kena ambil kira tau. Cik Orkid potong dadu, Jangan terlalu nipis ye, kita taknak kentang tu hancur sampai tak nampak rupa dadu apabila dimasak.
Cik Orkid suka inti kentang yang masih ada bentuk dadu selepas dimasak dan empuk.
Cara Cik Orkid potong dadu, daripada sebiji kentang tu, potong bulat-bulat dulu (rujuk gambar di bawah),jangan terlalu nipis, jangan terlalu tebal, kemudian potong memanjang dan akhirnya dadukan. Mudahkan cara ni?
Semua bahan dah tersedia, jom kita tengok cara masak inti karipap.
Tuangkan minyak masak, jangan terlebih sangat, nanti berminyak-minyak pula inti korang dan jangan kurang sangat nanti susah rempah nak garing. Nanti inti tak sedap dan tak cantik, kena belajar nak agak2 minyak, kalau takut terlebih, letak dulu sikit, nanti time masuk serbuk kari, kalau minyak macam x cukup, boleh je tambahkan lagi sikit.
Bila minyak dah panas, tumiskan bawang besar, bawang putih dan daun kari sampai betul-betul wangi dan ada garing-garing sikit.
Kemudian, barulah masukkan 5 sudu serbuk rempah kari. Api kena perlahankan, supaya tak cepat hangit rempah.
Letakkan sedikit air juga supaya rempah kari tak cepat hangit. Tumis sampai rempah kari betul-betul garing dan terbit minyak. Jangan sampai hangit tau. Letak air sikit berulang kali sampai rempah betul-batul masak dna terbit minyak.
Garing macam ni, Cik Orkid suka dia betul-betul garing sampai warna sedikit gelap tapi bukan hangit ye.
Dah betul garing, baru masukkan isi ayam.
Tumiskan kejap biar rempah kari serap masuk dalam isi ayam, baru lah sedap inti karipap nanti.
Lepastu, barulah Cik Orkid masukkan garam dan magie cukup rasa. Takdelah nanti ayam rasa tawar hebeh, hehe.
Gaul sebatikan semuanya, baru masukkan kentang pula.
Tips ** Jangan terlebih air tau, nanti terlebih empuk, kentang akan hancur dan benyek, tak sedaplah inti karipap. Cik Orkid suka inti yang masih nampak rupa dadu kentang. So, air masukkan paras kentang dan kurangkan sikit, nanti kemudian, boleh rasa keempukan kentang, kalau masih jauh lagi nak empuk tambahkan air sedikit demi sedikit sampai kentang empuk.
Tengok air tu, paras kentang je kan.
Tutup tudung periuk agar cepat empuk.
Bagi yang suka inti karipap yang manis, boleh tambah 2 atau 3 sudu makan gula pasir, Cik Orkid tak suka inti yang terlalu manis, suka yang ngam-ngam je rasa masin, pedas dan manis. So, Cik Orkid letak 1 sudu makan je dah ok. Terpulang pada tekak masing-masing ye. Suka manis letak gula lebih ok.
Tips** Kalau masa rasa tu kentang dah semakin empuk, tapi air banyak lagi dalam kuali, kuatkan sikit api, biar air tu cepat kering, kalau agak jauh lagi nak empuk tambahkan air. Kena pandai adjust tau, kita yang masak dia kan. Kadang ada juga jenis kentang yang cepat empuk, ada yang jenis lambat empuk. Tu sebab kena pandai agak ye.
Ha, bila dah masak semuanya, boleh sejukakn inti karipap. Cik Orkid suka inti karipap yang lembab dan basah-basah sikit, tak suka kering sangat. Sebab nanti bila da sejuk, dia akan semakin kering, jadi tutup api masa ada basah2 kuah sikit ye.
Nanti bila dah sejuk, dia akan semakin kering tapi masih ada basah-basah. Itu yang sedap inti dia bila ada basah-basah kuah sikit.
Siap! Selamat mencuba.
Siap! Selamat mencuba.
Kalau nak tengok yang versi video, macam biasalah, boleh tengok di youtube Cik Orkid.
Search di youtube : Orkids Channel atau klik link di bawah ni.
Kalau sudi, jom support tengok dan subscribe youtube Cik Orkid, banyak resepi sedap dan resepi niaga yang Cik Orkid kongsikan.
Terima kasih singgah blog Cik Orkid tau, jangan lupa tinggalkan jejak korang di ruang komen.
0 Comments