Assalammualaikum, musim durian ni ramai buat kuah durian atau serawa makan dengan pulut, ada juga yang buat kuih seri muka durian. 

Jom Cik Orkid kongsikan cara kukus pulut yang betul, pulut berderai, cantik dan tidak lembik. 

Nak mudah dan cepat gunakan beras pulut susu, rendamkan beras pulut selama 30minit sahaja dah cukup, jangan rendam terlalu lama agar pulut tidak mudah hancur dan lembik. 

Kalau guna beras pulut biasa, boleh rendam 3-4jam sebelum dikukus. 


Cik Orkid rendamkan 2 cawan beras pulut susu selama 1/2 jam atau 30minit. 

Selepas 30minit, toskan airnya. 
Sementara tu, panaskan air kukusan sehingga mendidih. 

Okay sekarang sediakan pulut untuk dikukus. 

Masukkan beras pulut yang telah di toskan tadi ke dalam bekas untuk dikukus. 
Letakkan 1 sudu minyak masak (optional).
 
Biasanya kalau pakai santan kotak, Cik Orkid letak minyak masak ni, kalau pakai santan kelapa ori, tak perlu letak minyak masak dah. 

1 sudu kecil atau 1tsp garam halus. 
 Masukkan 1/2 cawan santan kotak. 
Masukkan 1/2 cawan air. 

Gaul sebatikan semua bahan. 
Jangan lupa letak sehelai daun pandan ye. Kemudian, kukus beras pulut sehingga masak dalam 20minit 


Ini gambar pulut yang siap dikukus, keluarkan dari kukusan dan gaulkan sekejap menggunakan chopstick atau sudu plastik agar pulut tidak melekat. 


Gaul sebatikan. 

Kemudian sejukkan dan siap dihidang. 

Pulut akan rasa sangat sedap, lembut dan tidak lembik. 

Kalau nak tengok resepi pulut kukus versi video, boleh klik video di sini : 


Selamat mencuba. 
Terima kasih singgah di blog Cik Orkid, jangan lupa tinggalkan jejak di ruanga komen ye.

Subscribe youtube Orkids Channel. 

0 Comments