Cara membuat lempok durian | Tips lempok cepat likat guna noxxa
Assalammualaikum, kali ni Cik Orkid nak kongsikan resepi lempok durian.
Tips penting kalau nak mudah dan cepat kena pakai kuali non stick, confirm mudah dan tak berkerak kuali.
Cik Orkid menggunakan noxxa, kerja memasak lempok menjadi mudah dan sangat cepat, tak lenguh tangan nak gaul lama-lama sampai 2-4 jam.
Jom kita tengok resepi dan cara membuat lempuk durian sukatan cawan.
Bahan utama tentunya durian, Cik Orkid menggunakan 20 ulas durian.
Masukkan sekali biji durian tau, orang dulu ada cakap, minyak yang keluar daripada biji durian ni akan menjadikan lempok cantik dan berkilat,wallahualam.... maaf ye kalau salah info.
Kalau tak suka letak biji sekali, korang keluarkanlah sesiap tau, ambil isinya saja.
Nak memasak ni tak ada yang betul atau salah pun, yang penting cukup bahan asas dia, lepastu terpulang pada tekak masing-masing nak rasa yang macam mana kan.
Kalau ada yang bising kata cara korang masak tak betul ke dan sebagainya, korang abaikan je atau suruh je dorang masakkan untuk korang makan lain kali, hehehe...
Cik Orkid suka sangat gula gula merah thailand cap bintang ni, warna perang dia cantik dan tak berpasir. Boleh beli di shoppe atau kedai Acheh.
Mudah je kan bahan-bahan masak lempok durian?
Hanya 3 bahan sahaja durian, gula dan sedikit garam.
Kemudian, hidupkan api atau kalau pakai noxxa macam Cik Orkid, korang guna function stir fry.
Gaul sebatikan semua sampai likat dan berat.
Ha, masa ni baru 10 minit lempok dah jadi likat, cepatkan? lenguh juga tangan nak menggaulnya.
Tengok ni, kejadian lempok Cik Orkid, sedap sangat sukatan resepi ni, ngam-ngam je semua bahan dengan rasa manisnya tu.
Cik Orkid terus angkat dan masukkan dalam bekas ketika proses sejukkan lempok. Kalau tinggalkan sejuk dalam kuali atau periuk, habis la susah nak keluarkan nanti, lempok akan sedikit mengeras dan melekat di periuk sebab ada gula kan.
Tadaaa!! lempok durian yang sedap dah siap.
Boleh terus makan macam ni juga tau, dia macam jem, makan dengan roti pun sedap, dengan biskut hup seng pun sedap.
Lempok ni boleh tahan lama simpan dalam freezer.
Kalau nak tengok Resepi lempok durian versi video boleh klik sini :
Gambar bawah ni Cik Orkid buat kuah durian atau serawa durian makan dengan pulut. Nak makan dengan roti jala pun sedap tau.
Nak resepi masak pulut kukus lembut dan tak lembik :
Terima Kasih sudi singgah blog Cik Orkid. Dah baca jangan lupa tinggalkan jejak korang kat komen tau.
0 Comments