Kuey teow goreng basah simple
Assalammualaikum, welcome to my blog celotehcikorkid.blogspot.com
Resepi ringkas kali ni Cik Orkid kongsikan Kuey teow goreng basah yang mudah dan budget.
Kalau zaman sekolah dulu biasa makan tak mee goreng, bihun goreng atau kuey teow goreng budget? ha... nampak je macam kosong tapi sedap oii. Kalau zaman sekarang ni pun masih ada tau, cari gerai jual sarapan tepi jalan, mesti ada. Macam ni lah cara masaknya. Kalau korang nak guna resepi ni buat niaga pun ok, memang sedap tau. Cuba dulu baru tahu.
Okay jom Cik Orkid share cara masak kuey teow goreng basah yang sedap.
Resepi kuey teow goreng basah 5 bahan
Bahan-bahannya :
4 sudu cili kisar (kalau tak suka pedas kurangkan tau)
Campuran kicap pekat dan kicap cair ( ikut la nak basah sikit ke, nak basah sangat ke.. kalau suka kuey teow basah-basah.. buat la banyak kicapnya tau.
Cara dan tips memasaknya :
Panaskan minyak secukupnya dengan api sederhana besar.
Tumiskan bawang putih dulu sampai betul-betul naik bau, baru masukkan 4 sudu cili kisar (kurangkan jika tak suka pedas).
Tumis sampai sedikit garing, jaga-jaga jangan hangus tau, kecilkan api sebab cili kisar sikit, so cepat je garing, nak selamat kecilkan api tau.
Bila dah garing macam dalam gambar ni, baru masukkan campuran kicap pekat dan kicap cair tadi.
Biarkan semua bahan mendidih, sengetkan sikit kuali macam gambar kat bawah ni, baru masukkan 2 biji telur.
Jangan gaul dulu telur tu , biarkan dia mengental sikit, barulah nampak ada telur, kang kalau tak nampak telur orang kata kedekut telur pulak 😂.
Sementara tu, letaklah 1 bungkus mee kuew teow tu kat tepi kuali (tadikan dah sengetkan kualikan), pastikan kuey teow tu terlerai tau, kalau baru keluar peti ais, rendam dengan air dulu sampai terpisah sekeping-sekeping.
Lepastu barulah campurkan kuey teow dengan bahan tumis semua tu.
Gaul semuanya sampai sebati, tak perlu dah letak garam tau sebab kadang-kadang kuey teow tu dah masin, ada juga kicap yang dah siap masin, jadi sebelum apa-apa rasa dulu sikit, kalau perlu tambah garam, barulah tambah.
Tapi maggie cukup rasa tu wajib tambah sikit tau, baru kuey teow tu rasa lagi umppp!
Lepastu kuatkan api, goreng lagi sampai kuey teow tu ada hangit-hangit sikit, then tutup api.
Siap!!!
Sila hidang panas-panas terus makan dengan cili jeruk, fuuh mantopp.
Kalau nak tengok video cara masak kuey teow goreng basah pun ada tau.
Kalau dah baca, jangan lupa tinggal jejak korang kat komen tau.
Kalau dah cuba, jangan lupa share feedbacknya.
Cik Orkid pun ada saluran youtube, banyak Cik Orkid share resepi masakan dan juga resepi niaga.
Klik subscribe supaya tak terlepas video terbaru Orkids Channel.
Terima Kasih 😊
0 Comments