Resepi corndog viral | Tips agar cheese tidak bocor semasa menggoreng
Hai Assalammualaikum. Kali ni Cik Orkid nak kongsikan cara membuat Mozzarella Cheese Corndog viral kegemaran seisi keluarga.
Okay, jom salutkan doh pada sosej cheese.
Gebukan corndog ni?
Licin je kan roti corndog ni, cheese tak bocor.
Yela, biasanya kalau kita salah teknik buat corndog ni, masa menggoreng tu, roti akan terbuka dan cheese dia akan meleleh keluar tau.
Nampak tak cheese tarik tu (rujuk gambar di bawah) , cheese mencair dengan elok, tak over cair, kadang ada yang tersalah teknik, bila nak makan, tengok-tengok cheese dalam tu hilang, hehehe... pernah terjadi tak? ada juga yang cheese tak sempat cair, roti dah hangit.
Jom tengok resepi corndog dan cara buatnya step by step serta tips corndog pasti menjadi.
Hanya menggunakan bahan mudah sahaja.
Corndog tanpa telur. Corndog guna yis.
Langkah pertama,
Rebuskan sosej, Cik Orkid rebuskan je 1paket bersamaan10 batang terus, senang buat terus sekali banyak sebab anak-anak kejap-kejap minta corndog.
Rebus kejap je, pastu kena toskan, lalukan kat air paip untuk hentikan proses masak.
Kemudian potongkan Mozzarella cheese block ikut saiz sosej korang. Kalau pakai sosej yang besar gedabak, potonglah cheese tu besar tau, biar sama lebar dengan sosej.
Rujuk gambar kat bawah ni, cara Cik Orkid ukur saiz sosej dan cheese. Letakkan sosej atas cheese block, biar sama saiz dan potongkan.
Cik Orkid suka buat saiz corndog yang comel sebab senang nak salut doh nanti. Kalau buat panjang sangat, nanti berat, kali ni Cik Orkid pakai lidi sate je, jadi susah nak control doh bila berat sangat.
Kalau korang nak buat corndog saiz besar dan panjang, beli chopstick yang pakai buang, kat speedmart biasanya ada jual chopstick bundle ni.
Gambar kat bawah ni chopstick yang Cik Orkid cakap tu. Kalau biasa beli corndog kat Family mart, dorang pakai batang chopstick ni la.
Lagi kuat dan kukuh batang corndog, lagi mudah nak pusing-pusingkan masa nak salut doh nanti.
Bebalik pada resepi kita.
Jom start cucuk sosej dan cheese.
Sosej Cik Orkid potong dua.
Tadaaa! dapat 20 batang corndog cheese. Kemudian, simpan dalam freezer sementara nak sediakan doh corndog.
RESEPI DOH CORNDOG UNTUK 6 BATANG CORNDOG
170ml air suam
1 sudu makan gula pasir
1 sudu kecil yis (Cik Orkid guna sudu kfc je)
Satukan semua bahan ni, gaul sebatikan.
Tutup bancuhan yis supaya cepat kembang.
Kalau rupa macam ni (gambar di bawah), maknanya yis dah kembang, aktif dan boleh pakai.
Bila yis dah kembang, masukan 200g tepung gandum.
1 sudu kecil garam
Gaul sebatikan sampai betul-betul jadi doh yang licin dan sedikit likat (jangan sesekali tambah air tau, doh tak boleh cair sangat, nanti susah nak salut pada doh)
Lama juga nak gaul, dalam 10 ke 15minit. Inilah rupa doh, tak terlalu likat, tak terlalu cair.
Kemudian tutup doh, biarkan lebih kurang 30minit sampai doh 2x ganda kembang.
Selepas 30minit, doh 2x ganda kembang, tekstur akan jadi lebih lembut (sebab tu tak boleh tambah air tau, lepas perap dia akan jadi semakin lembut) dan lebih ringan.
Kalau rasa berat atau takut cheese tertanggal, bantu salut guna sudu.
Kemudian, salutkan dengan breadcrumbs. Pilih breadcrums yang warna putih, corndog akan nampak lebih cantik selepas digoreng
Selepas salut dengan breadcrumbs, barulah boleh cantikkan doh sebab doh dah tak melekat pada tangan,mudah nak touch up bagi lawa.
Panaskan minyak yang banyak (deep fry) dengan api sederhana, api jangan terlalu perlahan nanti doh serap minyak, dan api jangan terlalu kuat nanti cepat doh cepat hangit, cheese tak sempat cair.
Corndog akan jadi lebih gebu bila masuk dalam minyak panas.
Kena rajin balikkan supaya corndog masak sekata.
Masak sampai kekuningan macam ni, toskan minyak.
Tadaaa.. siap!!
Picitkan sos cili.
Picitkan mayonis (wajib ada, baru rasa corndog naik).
Makan waktu panas barulah boleh tarik cheese dia, kalau dah sejuk, cheese tak leh tarik, cheese beku balik.
Tengok tekstur dalam dia, roti corndog berongga menandakan roti sangat lembut dan ringan.
Selamat Mencuba!
Kalau nak tengok resepi versi video, ada di Youtube Orkids Channel.
0 Comments