CARA BUAT KUIH PENYARAM ATAU CUCUR JAWA GULA MERAH

Kuih yang paling mudah tapi paling susah menjadi kalau tak biasa buat. 

Nak buat kuih ni kena banyak bersabar pasal kena goreng sebiji sebiji, tapi bila makan sekelip mata habis 😄 kuih bikin ketagih.

tengok rupa dia yang berongga atau bersarang, rupa macam ni tandanya kuih lembut dan sedap.

nah, banyak sarang macam kuih sarang semut gitu.
bunga di sekeliling dia sangat rangup, anak suka makan bunga dia je tau, yang tengah bagi Cik Orkid makan 😂 tak aci  betul kan.

Okay, jom kita tengok resepi dan cara buat cucur jawa yang mudah beserta tips gerenti menjadi.

1 3/4 cawan air suam (hampir 2 cawan tapi kurangkan sikit)

1/2 cawan gula putih/gula pasir

1/2 cawan gula merah

Cik Orkid campurkan kedua gula putih + gula merah jadikan 1 cawan, gula ni terpulang nak lebihkan gula putih ke gula merah tau.

Beza pada warna kuih dan rasa manisnya la nanti. Kalau lebih gula merah, warna akan jadi gelap. Kalau lebihkan gula putih, warna kuih akan cerah sikit dan lebih manis.

Kalau nak pakai 1cawan gula merah sahaja pun boleh, tiada masalah.Yang penting sukatan gula 1 cawan. 

garam 1 sudu kecil/1sudu kfc

gaul sebatikan semua bahan tadi sampai gula larut, tak larut sangat pun tak pe sebab nanti kita akan kisar juga adunan ni

masukkan 2 cawan tepung gandum

masukkan 1 cawan tepung beras

gaulkan lagi sampai sebati

kemudian kisarkan agar adunan lebih halus dan kembang

kisarkan selama 2minit, set kan timer di hp masing-masing.

 Wajib 2 minit tau agar adunan betul-betul kembang.

kemudian perapkan selama 3 jam ke atas, lagi lama perap lagi bagus.

Tujuan perap adunan ni supaya lebih banyak sarang terbentuk.

Pastikan bekas ditutup semasa perap ye, jaga-jaga juga agar semut tak datang 😄

adunan menjadi lebih halus dan licin

Jom kita goreng, pastikan pakai kuali melengkung tau, jangan pula pakai pan yang rata tu, kompom tak jadi nanti 😂

Panaskan 1/2 cawan minyak masak dengan api sederhana (jangan terlalu kuat dan jangan pula terlalu perlahan apinya)

Salah api, takkan jadi kuihnya, topi dan bunya takde kalau tak pandai jaga api.

Biasanya lah, yang pertama mesti tak jadi sebab tak pandai adjust api. Kalau terus menjadi, anda memang power lah, Tahniah!

kalau api betul, minyak cukup panas(jangan sampai berasap), boleh nampak sarang terbentuk cantik, dari tepi jalan masuk ke tengah (boleh rujuk video di youtube orkids channel nanti)

bila dah sampai tengah nanti akan nampak macam larva keluar, tepung keluar terpancut gitu, masa ni boleh terbalikkan penyaram tu.

Kalau tunggu tak keluar keluar tepung, boleh cucuk tengah dia dengan lidi, kasi keluar.
tada! dah terbalik, menjadikan bunga keliling tu dan terbentuk topi kembung.

kuih ni makan banyak minyak, so kena tos kan betul-betul sampai minyak tersejat

Cik Orkid toskan pakai penapis je

Tadaa! da siap
Ada tips lagi ni,

ini adalah gambar untuk tiga jenis tahap api.

Apa jadi kalau api terlalu kuat, terlalu perlahan dan sederhana? apa bezanya?
ni rupa penyaram kalau api terlalu kuat, dia tak sempat bentuk bunga kat tepi tu, terus je jadi topi botak licin.

ini pula rupa penyaram kalau api terlalu kecil, sarang lambat naik, maka topi tak jadi.

ini pula rupa penyaram yang jadi, bunga lawa je kat tepi tu dan ada topi yang cantik. Api sederhana perlahan. Susah nak cakap, kena adjust sendiri, test dulu goreng satu, kalau jadi, kekalkan api tu jangan ubah-ubah


SELAMAT MENCUBA !

Kalau nak tengok resepi versi video, boleh singgah ke Youtube Orkids Channel atau klik sini :



0 Comments