Macam mana cara buat duit dengan Youtube
Hai Assalammualaikum.
Selamat datang ke cikorkid.com
Ramai sahabat-sahabat bertanya tentang Cara Buat Duit dari Youtube.
Jadi, disini Cik Orkid akan terangkan secara basic bagaimana nak buat duit dengan youtube.
Soalan-soalan yang biasa ditanya seperti berikut.
#1 Macam mana boleh dapat duit?
Duit datang dari iklan yang dipasang di setiap video youtube.
Pernah tak bila kita buka video di youtube, tiba-tiba ada keluar iklan, rasa menyampah sangat kan, hehehe..lepastu kita skip ads.
Ha... youtubers dapat duit dari iklan-iklan tersebut, kalau korang skip ads, sikitlah duit youtubers tu dapat, kalau korang tak skip ads, korang berminat nak tonton iklan tu sampai habis, banyaklah duit youtubers tu dapat.
Sebagai contoh, iklan raya company Saji tahun 2021, tentang mangkuk tingkat Mak Teh, ramai tak skip iklan tu sebab nak tengok ending cerita sedih mak teh, iklan ni based on true story tau.
Bila ramai orang tengok iklan sampai habis (panjang iklan 5minit,lama tau) , banyaklah dapat duit, hasil dari orang tak skip iklan tu di video dia.
Contoh Iklan tidak boleh skip
Sekarang dah faham? duit tu dapat dari mana?
Ha betul! pandai, dapat dari iklan!
#2 Iklan tu kita letak sendiri ke atau Youtube yang letak?
Bila dah layak join ypp (youtube partner program) atau bahasa pasarnya bila dah layak buat duit dengan youtube, syarat dah cukup, Iklan tu kita letak sendiri kat dalam video kita.
Tapi bila kita letak iklan tu, kita tak tahulah iklan apa yang bakal keluar, tak tahu samaada iklan dettol ke, iklan kereta ke, iklan makanan ke, kita memang tak tahu dan tak boleh pilih iklan.
Kita hanya boleh 'set' iklan tu keluar kat minit ke berapa dalam video.
Gambar kat bawah ni, Cik Orkid tunjuk cara pasang iklan di video.
Step 1: Turn On $
Step 2 : Tick ✅ semua type of ads yang kita nak (digalakkan tick semua)
Step 3 : Tick ✅ location video ads ( kat mana kita nak iklan keluar), samada awal video ke, akhir video ke, atau tengah-tengah.
Kalau yang tengah video ni, kita boleh setkan nak pasang iklan di minit ke berapa, biasanya kalau panjang video 8 minit, Cik Orkid akan pasang di setiap minit ke 2,4,6,8.
Ni contoh cara pasang iklan di tengah-tegah video
#3 Apa syarat monetisation atau nak dapat iklan atau bila nak tahu kita dah layak pasang iklan dan buat duit?
Ada 2 syarat yang perlu dipenuhi nak layak monetisation.
✅ syarat 1 : 1000 subscriber
✅ syarat 2 : 4000 jam tayang (watch hour)
Gambar di bawah ni, ada dua meter untuk kita monitor dah berapa banyak sub dan watch hour channel kita.
Bila meter dah penuh warna biru, youtube akan hantar emel pada kita mengatakan channel youtube kita dah layak pasang iklan.
#4 Bagaimana nak bermula?
Cadangan Cik Orkid agar nanti masa nak mohon Ypp, taknak ada masalah, bermulalah dengan cipta emel baru, emel khas untuk youtube.
Kenapa?
Sebab kita takut emel lama pernah apply google adsense, bila dah ada akaun adsense, kadang ada orang yang lupa password la, tak ingat dulu pernah buka akaun adsense la, macam-macam, nanti susah nak apply ypp gara-gara sangkut dengan akaun adsense.
Apa akaun google adsense tu Cik Orkid oii?
Google adsense ni ialah satu akaun yang kita link kan dengan youtube channel untuk pembayaran $$$ income kita.
Ha.. yang bayar $$$ kat kita tu bukan youtube tau, tapi google adsense.
Jadi, untuk bermula dengan youtube step dia seperti di bawah :
1- Fikirkan nama channel.
Contoh : Siti Studio
2- Cipta emel khas untuk youtube channel, kalau boleh sama ngan nama channel la lebih baik.
Contoh emel : sitistudio@gmail.com
3- Create Youtube Channel, sama macam kita create akaun FB.
Cara dia, sign in akaun youtube guna emel baru tadi dan create youtube channel. Follow je arahan dia.
4- Upload la video berkaitan.
Lagi banyak video kita upload, lagi panjang video kita, lagi cepat boleh monetise.
5- Bila 2 syarat 1000 sub & 4000 WH dah tercapai, pihak youtube akan hantar emel.
Siap!
Setakat ni dulu Cik Orkid tulis, nantikan sambungannya akan datang.
Jika ada soalan boleh komen di ruangan komen ye.
Terima Kasih.
Jangan lupa follow cikorkid.com agar anda tidak ketinggalan info-info terkini.
1 Comments
Merit Casino - Top 20 Best Online Casinos in 2021
ReplyDeleteFind out everything you need to 메리트 카지노 know about the Best Merit 메리트카지노 Casino in 2021. We rank 바카라 사이트 the top casinos, free spins and bonuses offered,