Cara Buat Pizza Homemade, Resepi Mudah beserta Tips Doh Pizza yang menjadi, roti pizza tidak lembik bila topping berat
Ntah kali ke berapa buat, kita R&D sikit resepi agar doh pizza lebih bersesuaian. Bila letak topping berat, pizza tetap maintain, x mudah koyak,anak lebih mudah pegang bila makan.
Tengah malam baru sampai rumah dari kampung, terus campak-campak jadi Pizza, makan panas-panas sekejap licin.
Panas-panas Pizza keluar dari oven, terus letak cheese keping atas Pizza, biarkan cheese mencair.
Berselera dedek (anak buah) makan Pizza kegemaran dia. Topping Pizza untuk anak-anak letak sosej dan cheese je dah cukup, kalau letak lain-lain topping, nanti diorang pilih dan buang.
Nak buat Mini Pizza saiz kecil-kecil pun boleh, lagi senang anak-anak nak makan atau nak bagi jiran-jiran nanti.
Tapi kalau nak feel macam makan Pizza hut, kena lah buat saiz besar, bila potong bentuk tiga segi, anak-anak cakap, wah! macam makan kat kedai.
Jom tengok resepi dah cara buat pizza homemade.
Bahan-bahan sangat mudah.
1 cawan air suam
1/4 cawan gula pasir
1 paket yis (nak pakai 1/2 paket pun boleh, nak pakai satu sudu makan pun boleh, beza pada kembang doh sahaja, pizza tetap jadi)
**info : yis berlebihan akan membuat doh terlalu kembang dan ringan, apabila yis kurang doh akan sedikit padat dan berat. Jika buat pizza, roti pizza tak perlu terlalu lembut dan ringan, sebab bila letak topping berat, roti akan lembik dan mudah koyak. Nak angkat pun tak boleh bila roti pizza terlalu lembut.
Cik Orkid dah cuba banyak kali, sepeket yis, setengah peket yis dan satu sudu makan yis, beza pada tekstur roti pizza, kalau letak sepeket untuk 4cawan tepung gandum(500g), roti pizza jadi terlalu lembut dan gebu, bila nak makan, roti terlalu lembik dah susah nak makan pizza sebab topping berat, roti pula lembut, mudah koyak bila angkat.
Tapi bila letak 1@2 sudu makan yis (untuk 4cawan tepung gandum) , roti pizza akan lebih menjadi, tak mudah koyak dan mudah anak nak pegang bila makan. Ini menjadikan pizza lebih sedap sebab tekstur tak terlalu lembut dan berderai.
Okay sambungan bahan-bahan tadi..
1 biji telur ayam
2 sudu makan susu pekat manis
4 cawan tepung gandum @ 1/2 kg (tak kisah tepung gandum cap apa)
1 sudu kecil garam
2 sudu makan planta/margerin atau minyak masak pun boleh
Jom tengok step by step cara nak bancuh tepung.
1cawan air suam, pastikan kena suam, bukan panas ye, nanti yis mati kalau pakai air terlalu panas.
1/4 cawan gula pasir
1@2 sudu makan yis untuk 1/2kilo tepung @4cawan tepung gandum.
Gaul laju-laju sampai semuanya sebati.
tutupkan bekas dan biarkan sehingga yis mengembang 2 kali ganda.
Ni rupa yis belum kembang, ada satu lapisan je.
Ni rupa apabila yis dah kembang, perasan kan ada 2 lapisan dalam jug tu.
Ni rupa dalam apabila yis dah cukup kembang, yis akan berbuih-buih.
Sediakan 4 cawan tepung gandum atau 1/2 kilogram tepung gandum, kemudian lubangkan tengah-tengah agar mudah nak letak bahan cecair.
Masukkan yis yang telah kembang tadi.
Masukkan 1 biji telur ayam.
Masukkan 2 sudu makan susu pekat
Masukkan 1 sudu kecil garam
Gaul sebatikan guna senduk kayu sampai adunan dah tak berair.
Gaul sampai jadi macam ni,barulah tepung tak melekat kat tangan bila nak uli.
Lepastu baru uli guna tangan.
Masukkan 2 sudu makan marjerin atau boleh juga guna minyak masak.
Uli lagi sampai doh sebati dan licin.
Uli sampai jadi macam ni, untuk doh pizza tak perlu uli sampai elastik ye.
Bila dah puas uli, tutup doh, tunggu sampai doh kembang dua kali ganda.
Cik Orkid tutup guna periuk je, hehehe.. nak cepat, capai je apa yang boleh.
Time ni lah tak jumpa penutup periuk kan.
Cik Orkid perap dalam 30minit je, tak lama.
Kemudian buang kan angin doh, uli je lagi.
Kemudian bulat-bulatkan ikut saiz pizza yang kita nak, dalam gambar atas ni Cik Orkid nak buat saiz mini pizza.
Kemudian, sapukan loyang dengan minyak supaya doh tak melekat dan leper kan doh yang di bulat kecil tadi.
Cucuk-cucuk doh dengan garfu.
Sapukan puri tomato atau sos tomato pun boleh.
Cik Orkid guna sos tomato prego.
Susunkan sosej atas sos tomato tadi.
Sekilo mozarella cheese suami Cik Orkid belikan, dia cakap buatlah pizza Hari-hari, makan sampai puas, hehehe... saja perli kita la tu.
Taburkan mozarella cheese ikut banyak mana nak.
Kalau kena buat banyak, Kita buat cara sistematik la mudah, siapkan roti pizza dulu, cucuk-cucuk guna garfu, sapu puri tomato dan letak topping ikut suka.
Saiz mini Pizza, comel, cute dan mudah nak makan.
Saiz mini Cik Orkid bakar guna air fryer suhu 180, 10 minit ( bergantung pada air fryer memasing ye, yang penting tak hangus).
Ini pula pizza saiz besar, sama je step dia.
Jom layan gambar di bawah.
Ini Pizza perisa tuna, siap tabur black pepper dan mix herb.
Saiz besar ni Cik Orkid bakar dalam oven suhu 180,20 minit (bergantung pada oven masing-masing).
Lepas keluar dari oven, terus koyakkan cheddar cheese atau cheese keping, letak atas pizza, cheese akan mencair dan menjadikan pizza lebih sedap dan menyelerakan.
Selamat Mencuba, kalau nak tengok resepi versi Video, boleh ke YouTube Cik Orkid.
Nama YouTube : Orkids Channel (sila klik sini)
Dah cuba resepi ni nanti jangan lupa tinggalkan komen di bawah ye. Terima Kasih.
Jumpa lagi di lain entry.
0 Comments