Selamat datang ke Orkid Homestay Klebang Melaka.


Kami menyediakan perkhidmatan penginapan selesa untuk tuan puan  yang berkunjung ke Melaka.

Orkid Homestay terletak berdekatan Pantai Klebang Melaka memudahkan percutian anda sekeluarga yang ingin menikmati keindahan dan keseronokan  Pantai Klebang atau Pantai Puteri. 
Pantai Klebang sangat viral di media sosial dengan kemeriahan pengunjung dari serata negeri, sepanjang Pantai Klebang terdapat gerai-gerai jualan dan food-truck serta meriah dengan night market hingga ke tengah malam.


Kilauan lampu berwarna warni dari jauh kelihatan menampakkan ke meriah pada waktu malam. 

Pantai Klebang merupakan tempat terbaik untuk meluangkan masa bersama keluarga kerana terdapat pelbagai aktiviti boleh dilakukan seperti aktiviti menunggang kuda, bermain layang-layang, bermandi manda, membina istana pasir,  membeli belah, mencari makanan viral dan banyak lagi. 

Contoh aktiviti bersama keluarga : 

Jangan ketinggalan menyaksikan suasana matahari tenggelam di Pantai Klebang. Ramai menantikan detik matahari tenggelam dan mengambil kesempatan untuk bergambar. 

Dapatkan penginapan selesa di Orkid Homestay. 

BAHAGIAN LUAR ORKID HOMESTAY

Porch yang luas memuatkan untuk parking 2 buah kereta. 

BILIK UTAMA 

Bilik dilengkapi dengan penghawa dingin, kipas, katil saiz queen, almari baju, cermin muka dan tandas. 
BILIK TENGAH

Bilik dilengkapi dengan dua buah katil saiz single, kipas, palang penyidai pakaian, hanger dan cermin muka. 
BILIK BELAKANG

Bilik dilengkapi dengan katil saiz Queen, kipas siling & kipas berdiri (stand fan), palang penyidai pakaian, hanger, cermin muka dan almari pakaian. 

RUANG TAMU

Ruang yang luas sesuai untuk aktiviti keluarga seperti berkumpul, bacaan yassin, solat berjemaah, makan-makan, tidur lambak (keluarga ramai) dan sebagainya. 
RUANG DAPUR KERING

Dilengkapi meja makan, peti ais, periuk nasi, electric water kettles, blender, pinggan mangkuk dan peralatan memasak. 
RUANG DAPUR BASAH

KEMUDAHAN LAIN YANG DISEDIAKAN :
✅ 3 Bilik Tidur
Rujuk gambar di atas. 

✅ 2 Bilik Air
(Bilik Utama dan Luar) 
+ Sabun Mandian
+ Ubat gigi
+ Shampoo

Peti Sejuk
Air batu di sediakan (owner buat sendiri dari air coway) 

Washing machine Auto
+ Sabun Basuh
+ Tempat Ampaian Baju

IBADAH
+ Sejadah
+ Telekung
+ Yassin
+ Arah Kiblat

Seterika Baju
+ Iron
+ Iron board disediakan

KELENGKAPAN DI DAPUR
+ Kuali
+ Sudip
+ Rice Cooker
+ Electric Kettle/cerek eleketrik
+ Blender
+ Pembakar roti (atas request) 
+Lesung batu
+ Jug air kecil&besar
+ Teapot with cup
+ Pinggan
+ Mangkuk
+ Sudu garfu
+ Mangkuk lauk
+Minyak masak
+ Garam
+ Maggie cukup rasa
+ Kopi 
+ Teh
+ Gula
+ Sabun Pinggan
+ Pisau
+Gunting
+ Papan pemotong

EXTRA TILAM - ATAS PERMINTAAN & ADA CAJ TAMBAHAN 
+ Tilam single
+Toto
+ Bantal 

**Untuk ahli keluarga yang ramai, digalakkan bawa toto/bantal extra sendiri, tetapi homestay kami juga ada menyediakan toto/bantal extra atas permintaan baru kami keluarkan, tetapi kami mengenakan caj RM10 sebagai caj dobi cucian dan kering. Harap maklum. 

JARAK ORKID HOMESTAY KE LOKASI UTAMA SEKITAR MELAKA :

TARIKAN PENGUNJUNG
✅5 minit ke Dataran 1 Malaysia Pantai Klebang 
✅5 minit ke Muzium Kapal Selam 
✅5 minit ke Pantai Klebang
✅7 minit ke Pantai Puteri
✅7 minit ke Coconut Shake Ori Klebang
✅10 minit ke Keria Antarabangsa (5 KM) Limbongan 
+ Keria Haji Jalil
+ Keria Hajah Ramah
✅15 minit ke bandaraya Melaka dan bandar hilir serta lokasi bersejarah tumpuan pelancong

TEMPAT MEMBELI BARANG KEPERLUAN KERING DAN BASAH

✅ Hanya 2 minit ke Pasaraya Family Store  waktu operasi 9.30pagi - 8.00 malam

DOBI LAYAN DIRI TERDEKAT 

2 minit ke DOBI  (800meter sebelah Family Store) - guna token dobi
6 minit ke Bubblelab Laundry Arcade (2.7KM)- guna token syilling 0.50sen

ATM
6 minit ke ATM MEPS (2.5 KM dalam Petronas)

LAIN-LAIN

Check In : 3.00 PM onwards
Check Out : Before 12.00 PM

LOKASI : Taman Pinang Impian, Tanjung Kling Melaka.

Booking with deposit. 

Sila Hubungi : 
Cik Orkid 013-998 3106

FACEBOOK : 

0 Comments