Hai, Assalammualaikum.
Welcome to my blog cikorkid.com

Kali ni saya nak kongsikan Resepi Cencalok yang mudah dan sedap beserta tips nak kurangkan rasa terlalu masin cencalok. 

Langkah pertama, 
Tuangkan 1/2 botol cencalok di dalam penapis, buangkan air cencaluk kerana air cencaluk sangat masin. 

[Tips] Ada jenis cencalok terlalu masin ( ikut pengeluar), boleh juga lalukan dengan air masak dan tapis. 
Kemudian, hiris dan dadukan sebiji bawang besar, lagi banyak bawang lagi sedap cencaluk. 

Jangan risau, nanti bawang akan sebati dan layu di dalam cencaluk dan menjadi sedap. 
Potongkan limau kasturi, perahkan airnya ke dalam mangkuk berisi cencaluk dan bawang tadi. 
Potongkan cili api ikut kepedasan masing-masing. 

Lagi banyak cili api, lagi sedap bila tergigit sekali semasa di makan. 

Satukan semua bahan tadi dan gaul sebati. 

Apabila bahan sudah bersatu dan layu, cencaluk akan jadi lagi sedap dan sedia untuk dimakan. 

Selamat Mencuba. 

Cencaluk boleh didapati di gerai-gerai tepi jalan sekitar Pantai Klebang, Melaka. 

Untuk lihat resepi versi video, boleh :


0 Comments