Hai, Assalammualaikum.
Selamat datang ke Blog cikorkid.com.

Kali ni Cik Orkid nak kongsikan Cara Buat inti wantan atau dumpling yang paling mudah dan sedap.

Jom kita tengok bahan-bahannya. 

BAHAN INTI :

1 mangkuk ayam cincang/ boleh juga campurkan dengan isi udang

3 ulas bawang putih cincang

1 sudu kecil lada sulah

Daun bawang dihiris-hiris

2 sudu makan Minyak Bijan/ boleh juga tambahkan kicap cair untuk dapatkan rasa masin yang lebih sedap

CARA BUAT INTI WANTAN/DUMPLING : 

Satukan kesemua bahan di atas dan gaulkan sebati. 

Tambahkan 2 sudu makan minyak bijan dan 1 sudu makan kicap cair. 

Inti Wantan/dumpling dah pun siap.

Cik Orkid guna kulit dumpling beli di pasaraya atau kedai eco shop pun ada jual tau.

Masukkan inti di bahagian tengah dan bentukkan mengikut citarasa. 
Tips penting, pastikan inti tak bocor apabila dikukus, direbus atau digoreng nanti. 

Gunakan air sebagai gam. 

Macam-macam bentuk boleh buat, boleh rujuk youtube untuk buat pelbagai bentuk. 

Search je di youtube  " How to fold dumpling", banyak channel yang beri tunjuk ajar.. 

Kemudian, bolehlah digoreng, direbus atau dikukus mengikut selera masing-masing. 

Cik Orkid buat dua versi separuh direbus, separuh lagi digoreng. 

Kedua-duanya tetap sedap. 
Tadaaa! yang ni versi rebus, siram dengan chilli oil dan tabur daun bawang sikit, Fuhh cantik dan sedap!
Yang ni pula versi goreng, rangup dan sangat sedap! Makan cicah chilli oil, mantap. Korang wajib cuba. 

Untuk Resepi Chilli Oil Cik Orkid ada kongsikan di Youtube Orkids Channel [KLIK SINI] .

Nanti boleh rujuk Resepi Hot Chilli Oil di youtube ye, resepi niaga yang dikongsi rakan alam maya. 

Mudah sahajakan nak buat sendiri wantan atau dumpling ni. 

Kalau nak beli, harga tentu agak mahal dan susah nak dapatkan yang halal. Jadi, jomlah rajinkan diri buat sendiri. 

Kalau nak tengok Resepi Versi Video pun ada. 

Terima Kasih sudi baca resepi di Blog Cik orkid. Selamat Mencuba. 

Jangan lupa tinggalkan jejak anda di sini, silakan Komen ye. 

Babai, jumpa lagi di next entry. waalaikumussalam.






0 Comments