Hai, Assalammualaikum.

Ramai tertanya-tanya, macam mana rupa sambal tempoyak goreng tu??  

Tadaaa! rupa sambal tempoyak ni sangat menyelerakan tau. 


Ha, jom tengok step by step Resepi dan cara buat Sambal Goreng Tempoyak.

BAHAN KISAR KASAR/TUMBUK KASAR

3 Biji Bawang Besar (buat sambal sedap kalau bawang banyak) 
1 ulas bawang putih
1 batang Serai
2 inci kunyit hidup (nak warna sambal cantik, gunakan kunyit hidup) 
5 biji cili merah siam
5 biji cili hijau siam
Sedikit ikan bilis
Sekeping asam keping 

Semua bahan di atas ni kisarkan, kecuali asam keping tu. 
Untuk kunyit hidup, tumbuk dulu dengan garam sampai jadi lumat macam ni. 

Tujuan tumbuk kunyit hidup letak garam adalah supaya kunyit hidup jadi lebih halus dan tidak berketul. 

Lepastu kisar semua bahan, masukkan sekali kunyit hidup yang sudah di tumbuk halus ke dalam pengisar bersama bahan-bahan lain. 
Kisar sampai jadi macam ni, kisar kasar atau tumbuk kasar menjadikan rasa sambal jadi lebih sedap. 
Serai dititik

BAHAN LAIN 
1 cawan ikan bilis
1/2 cawan tempoyak
Sebalang tempoyak pemberian Mak Mertuaku 😘😘😘 Thank You mama.
 Jangan lupa Petai yang fresh dan rangup

CARA MEMASAK STEP BY STEP

Gorengkan ikan bilis dahulu sampai garing dan rangup. 

Kemudian, dengan minyak yang sama, tumiskan bahan kisar dan serai sampai cili masak dan pecah minyak. 
Macam ni rupa pecah minyak. 
Masukkan tempoyak.
Tambahkan air, masak lagi sehingga pecah minyak lagi. 

Perasakan dengan garam dan maggie cukup rasa atau ajinamoto, ikut tekak masing-masing. 
Masukkan asam keping agar naik 'rasa' dan memberi rasa 'kaw' dan power pada sambal. 
Tambahkan air berulang kali, biar pecah minyak banyak kali agar sambal lebih sedap dan tahan lama. 

Tips : Masak sambal 30minit ke atas untuk sambal yang lebih tahan lama! 

Masukkan petai, petai fresh lebih baik kerana masih rangup dan sedap. 
Keluarkan asam keping jika rasa dah balance dan sedap. 

Sambal dah pun siap! 
Bila nak masukkan ikan bilis??? 

Haaa... untuk dapatkan ikan bilis yang kekal rangup dalam sambal, kena masukkan apabila sambal dah sedikit sejuk. 

Cara Cik Orkid, padam kan api, buat lubang di tengah kuali dan biarkan sehingga sambal sedikit sejuk, baru lah masukkan ikan bilis. 


Alhamdulillah! Sambal Tempoyak Goreng bersama ikan bilis dan petai telah pun siap. 

Selamat Mencuba! 

Kalau nak resepi versi video, nak dengar Cik Orkid berceloteh, boleh tengok di Youtube Orkids Channel atau klik link di bawah. 


0 Comments