Hai Assalammualaikum. Dalam entry kali ni Cik Orkid kongsikan Resepi Roti Canai Homemade yang mudah, lembut dan sedap. 

Resepi ni boleh uli guna tangan atau nak lebih mudah uli guna bread maker. 


Kebetulan Cik Orkid ada bread maker, Cik Orkid uli gunakan bread maker saja. Bagi yang tiada bread maker, boleh uli guna tangan. 

Jangan risau sebab resepi roti canai yang Cik Orkid kongsikan adalah untuk sukatan sikit, dapat 5 keping roti canai, jadi tak perlu kerah tenaga berhabis nak uli sampai doh jadi licin dan elestik. 

Tips! 
Kalau guna bread maker masukkan bahan cecair atau bahan basah dulu. 
Tapi kalau uli guna tangan, masukkan bahan kering dulu ok. 

Jom Kita mula. 
Langkah pertama, 

Isi 125ml air sejuk peti ais atau air sejuk coway/cuckoo. 
Kemudian, masukkan 1 sudu makan gula pasir. 
Masukkan 1 sudu kecil atau 1 sudu kfc garam untuk naikkan rasa lemak roti canai.

Untuk dapatkan roti canai yang sedap, yang boleh makan begitu sahaja, kena ada garam yang cukup supaya naik 'rasa'. 

Masukkan 1 sudu makan atau 10gram marjerin/planta. 

Last sekali baru masukkan 2 cawan atau 250gram tepung gandum. 

Kemudian uli sehingga doh licin dan elastik. 

Kalau uli guna tangan, uli sehingga doh licin dan tak melekat lagi di tangan lebih kurang 20minit.

Kalau nak guna bread maker macam Cik Orkid, sila pilih function no 11:Knead. Ulang 3x fuction knead tu, lebih kurang dapat 24-30minit. Doh akan jadi sangat lembut, licin dan eleastik. 
Selepas beberapa ketika uli, tambahkan lagi 125ml air sejuk (250ml air sejuk) sikit demi sikit. 

Tips! Lain jenama tepung, lain tekstur dia, jadi kena tambah air sikit demi sikit sampai jadi doh.  

Tambah atau kurangkan air mengikut keperluan. 

Sambung uli sampai jadi doh yang licin, tidak melekat di tangan dan elastik. 

Dah siap uli! keluarkan ke dalam bekas lain dan perap selama 1jam.
Tutup doh supaya doh tidak kering dan masuk angin. 
Selepas 1jam berlalu,  bahagikan doh kepada beberapa bebola seberat lebih kurang 75g-90g, dapat lebih kurang 5 keping roti canai. 

Sapu tangan dengan minyak dulu supaya senang pegang doh. 
Kemudian, lumurkan marjerin/planta pada kesemua bebola rori canai tadi. 

Tujuan lumur marjerin supaya doh tidak melekat antara satu sama lain jika buat kuantiti banyak. 

Selain itu, marjerin akan buat roti canai bau wangi, lembut dan rangup! 

Tutup doh dengan plastik wrap atau masukkan ke dalam bekas bertutup, perap sehingga 4jam ke atas atau simpan semalaman di dalam peti ais. 

TIPS! CARA CANAI TANPA PERLU TEBAR

Cara mudah nak canai tanpa perlu tebar, gunakan belakang dulang atau apa-apa loyang bulat dan sebagainya. Kalau orang dulu-dulu, guna dulang legend macam ni. 
Kemudian, ikut step seperti gambar dibawah. 
1. Leperkan doh senipis yang boleh tapi jangan sampai terkoyak. 
2. Lipat kiri dan kanan doh sampai jadi bentuk memanjang macam tali. 
3. Lilitkan seperti bentuk bulat,bila nak goreng, hanya leperkan seperti bentuk roti canai dan gorengkan. 

Macam ni ye betuk lilit tu. 
Bila nak goreng, hanya perlu tekan sedikit macam gambar bawah ni dan terus goreng. 
Gorengkan sampai garing dan rangup dengan api perlahan. 
Angkat dan terus tepuk guna kedua belah tangan.
Tengok tu tekstur roti canai, sangat-sangat lembut di dalam, rangup diluar. 

Makan begitu saja pun dah sedap sangat resepi ni! 
Selamat Mencuba!

Kalau nak tengok video cara buat roti canai boleh klik link di bawah ni.
Cik Orkid dah upload resepi versi video di Youtube Orkids Channel.

Terima Kasih Sudi membaca resepi daripada blog cikorkid.com, jumpa lagi di lain entry. 

Jom Tambah ilmu pengetahuan lain, Follow telegram kami. 

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer

0 Comments