Hai Assalammualaikum. Kali ni Cik Orkid kongsikan Resepi Telur Dadar ala Kedai Siam.

Pastikan anda baca dengan teliti untuk pelajari teknik menggoreng telur agar lembut didalam dan rangup di luar sama macam makan kat kedai siam.

Hanya menggunakan 2 bahan sahaja iaitu telur dan sos ikan. Tapi kalau tiada sos ikan pun takpe, boleh letak garam sahaja, tetap akan jadi sebab telur dadar crispy ni tidak kisah dengan bahan yang anda letak, tapi bergantung dengan teknik dan cara anda menggoreng telur tersebut.

Jom kita mulakan. 

Pecahkan 2 biji telur ke dalam bekas. 
Masukkan 1 sudu makan sos ikan (cap sotong). Sos ikan ni memberi rasa masin yang sedap, jadi tak perlu tambah garam lagi. 
Gaul sebatikan sehingga berbuih macam ni. Lagi banyak buih, lagi banyak kesan rangup telur nanti. 
Panaskan minyak yang banyak di dalam kuali, pastikan betul-betul panas ye.

Kemudian tuangkan telur ke dalam kuali, tarik tinggi-tinggi supaya terbentuk telur macam kedai siam tu, bahagian tengah akan jadi tebal dan gebu, keliling luar akan rangup-rangup kerinting.
Api kena besar semasa panaskan minyak, selepas habis masukkan telur, kecilkan api semula agar telur dapat masak sehingga dalam dan tidak cepat hangit. 
Apabila telur sudah bertukar warna coklat, baru terbalikkan, masak pula sebelah lagi. 


Angkat dan toskan minyak. Hidang terus di meja makan. 
Kalau nak tengok video cara goreng telur ala kedai siam boleh klik link di bawah ni.
Cik Orkid dah upload resepi versi video di Youtube Orkids Channel.


Terima Kasih Sudi membaca resepi daripada blog cikorkid.com, jumpa lagi di lain entry. 

Jom Tambah ilmu pengetahuan lain, Follow telegram kami. 

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer

1 Comments

  1. tambah sos sotong lah rahsianya ye. saya tak pernah buat telur dadar macam ni lagi. biasa telur dadar saya biasa je, tak nampak gebu macam tu. sungguh cantik kejadian telur dadar tu. bertambah-tambah selera makan kalau macam ni.

    ReplyDelete