DADIH 2 LAYER HANYA GUNA 2 BAHAN SAHAJA | MUDAH DAN SEDAP
Assalammualaikum, dalam entry kali ni Cik Orkid nak kongsikan resepi dadih yang mudah dan sedap.
Anak-anak paling suka makan dadih sejuk-sejuk, dah tak perlu nak beli dadih lepas ni.
Buat sendiri dapat banyak dan sedap macam orang jual.
Nak membuatnya pun mudah, hanya 2 bahan saja.
BAHAN-BAHAN :
1. AIR KOTAK DUTCH LADY
Cik Orkid nak buat dadih 2 lapisan atau 2 layer, jadi perlukan air kotak perisa coklat (200ml) dan air kotak perisa strawberi(200ml).
2. SERBUK AGAR-AGAR (pilih warna clear/tanpa warna)
CARA-CARA MEMBUAT DADIH HOMEMADE 2 LAYER :
Masukkan air kotak coklat ke dalam periuk.
Tambahkan 1 sudu kecil kfc serbuk agar-agar.
Tips: Biarkan air coklat betul-betul. mendidih dengan api perlahan supaya permukaan dadih menjadi cantik, licin dna berkilat.
kemudian, biarkan air coklat sejuk dan membeku sikit.
Sementara tu, jom sediakan lapisan kedua, ulang cara yang sama untuk buat dadih strawberi.
Apabila dadih coklat sudah membeku dna tidak cair, tuangkan air strawberi ke atas dadih coklat yamg sudah beku.
Tips : Tuang air strawberi secara perlahan, cik orkid tuang atas sudu, supaya permukaan dadih tidak berbuih atau menjadi bubble.
Kemudian, sejukkan di dalam peti ais sehingga dadih membeku sebelum dihidangkan.
Dadih 2 lapis homemade dah siap! Selamat mencuba.
Makan sejuk-sejuk, sedap sungguh.
Terima Kasih sudi singgah blog cikorkid.com.
Bagi yang nak tengok video resepi cara buat dadih boleh klik link di bawah.
Cik Orkid dah upload video cara buat dadih 2 lapis 2 bahan di Youtube Orkids Channel.
Jom Tambah ilmu pengetahuan lain, Follow telegram kami.
Info Ibu Hamil
Info Resepi
Info Motivasi
Malaysia Blogger Influencer & Content Writer
1 Comments
memang sedap lebih lagi guna susu dutch lady.
ReplyDelete