Hai, Assalammualaikum. Kali ni Cik Orkid nak Kongsikan Cara Masak Kari Ayam yang Sedap serta Tips Kuah Kari Cantik Berkilat dan Pecah Minyak.


Kari merupakan makanan yang sering menjadi hidangan harian kerana selain dimakan bersama nasi, kari juga sesuai dimakan dengan pelbagai juadah seperti roti jala, mee kari, cekodok, cicah roti canai dan sebagainya. 

Asas masak kari adalah sama untuk dapatkan kuah yang sedap, cantik dan tidak pucat warnanya.

Jom kita tengok step by step cara memasak kari serta tips kuah kari cantik dan sedap. 

Tumiskan 2 biji bawang besar, 3 ulas bawang putih dan 1 inci halia yang telah dihiris sehingga hilang bau maung bawang atau sampai naik bau harum bawang. 

Minyak kena lebih sikit ye kalau nak masak kari yang cantik. 

Masukkan 4 sekawan bunga lawang, bunga cengkih, buah pelaga dan kayu manis. 
Masukkan daun kari supaya bau kari lebih harum, sedap dan menyelerakan.  Tumis semua bahan sehingga garing dan harum. 
Kemudian,masukkan sedikit air kerana kita nak masukkan  serbuk kari. Kalau nak bancuh asing pun boleh, cara cik orkid ni sekali jalan je, lebih cepat dan mudah. 
Masukkan 3 sudu makan serbuk kari daging. 
Masukkan 2 sudu makan serbuk kari ikan. Cik Orkid suka campur kedua jenis serbuk kari ni sebab rasa kari akan jadi lebih sedap. 

Serbuk kari ikan ni akan memberi rasa masam tersendiri. Suka sangat. 
kecilkan api ye semasa menumis serbuk kari ni, supaya rempah tak cepat hangit dan dapat masak lama sehingga rempah kari betul-betul masak, garing dan pecah minyak. 

kalau minyak tak cukup boleh tambah lagi sikit. 

Inilah tips penting agar kuah kari jadi lebih cantik berkilat dan tidak pucat. Tumis lama, api kena perlahan, sehingga rempah tumisan garing, betul-betul masak dan terbit minyaknya. 

Kemudian barulah masukkan ayam. Biarkan air ayam keluar. 

Bila air ayam dah keluar, ayam dah kecut, barulah masukkan sedikit garam, masukkan sedikit saja dulu ye(selebihnya masukkan di akhir untuk sesuaikan rasa kari) supaya ayam terperap dengan rempah yang sedap sehingga ke dalam isi ayam. 

Kemudian, masukkan kentang yang dibelah 4( belah besar) supaya saing empuk dengan ayam. 
Tambahkan air untuk kuah, biarkan ayam dan kentang sehingga empuk. 
Dah empuk masukkan sedikit air asam jawa(tiada dalam gambar) & 1 kotak kecil santan atau 200ml santan. 
Selepas masuk santan, kuah akan jadi auto pucat macam bawah ni, tu maknanya kena masak lagi dengan api kecil sampai santan mendidih dan pecah minyak lagi sekali. 

Cik Orkid tambahkan lada besar hijau untuk naikkan seri kari. 

Sesuaikan rasa kari mengikut tekak masing-masing, buar cukup masin, masam dan rasa lemak kari. 
Apabila kari dah sejuk, kuah kari akan jadi lebih cantik, minyak akan terbit ke atas kuah kari dan jadikan kuah kari kelihatan berkilat dan sangat menyelerakan. 


Kari Ayam Sedap dan Cantik dah siap! Selamat mencuba.

Kalau nak tengok video cara masak kari ayam cantik dna sedap boleh klik link di bawah ni.
Cik Orkid dah upload resepi versi video di Youtube Orkids Channel.


Terima Kasih Sudi membaca resepi daripada blog cikorkid.com, jumpa lagi di lain entry. 

Jom Tambah ilmu pengetahuan lain, Follow telegram kami. 

Info Ibu Hamil 

Info Resepi 

Info Motivasi 

Malaysia Blogger Influencer & Content Writer

0 Comments