Resepi Biskut Dahlia Klasik Yang Paling Sedap dan Ketagih
Hai, assalammualaikum.
Setelah beberapa kali Cik Orkid cuba pelbagai resepi biskut dahlia, alhamdulillah kali ketiga buat pakai resepi ni, memang sedap sangat-sangat, tak mudah pecah dan tak rapuh.
Paling best biskut rangup Tapi tetap lembut dan cair di mulut.
Hari ni nak buat stok untuk raya banyak-banyak sebab sedap.
Anak-anak semua suka Biskut Dahlia @ semperit dahlia ni.
Resepi Biskut Dahlia Klasik betul-betul bikin Ketagih :
250g marjerin/mentega
90g gula aising (buat sendiri guna gula pasir)
1 biji kuning telur
1 sudu kecil esen vanilla
1 cawan tepung kastard
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung ubi
1 3/4 cawan tepung gandum
Bakar Suhu 150-170, api atas bawah selama 15-20minit ikut oven masing-masing.
Tips : Bakar sampai tapak biskut keperangan untuk mengekalkan kerangupan kuih.
Selamat Mencuba.
Kalau nak tengok Video cara-cara Cik Orkid buat biskut dahlia serta lihat bahan-bahannya, boleh klik link di bawah ye.
Cik Orkid ada rakam masuk dalam Youtube : Orkids Channel
0 Comments