Hai assalammualaikum, kali ni Cik Orkid kongsikan Resepi Mee Sup ala restoren cina. 

Bagi Cik Orkid Mee Sup ni sangat simple, cara masak mudah, sihat dan sedap. 

BAHAN-BAHAN :

2 - 4 ketul dada ayam
2 inci Halia *dihiris
1 kiub pati ayam
Fish ball
Fish cake
10 ulas bawang putih *dicincang
1/2 cawan minyak masak
1/2 sudu makan minyak bijan
10 biji cili akar
Kicap pekat
Kicap Cair
Mee Kuning

CARA-CARA MEMASAKNYA :

LANGKAH 1: BUAT KUAH SUP 
1. Rebus dada ayam bersama halia dan kiub pati ayam sehingga empuk.
2. Ayam dah empuk, angkat dan toskan, kemudian dicarik-carik isi ayam dan asingkan. 
3. Masukkan fish ball dan fish cake ke dalam air rebusan ayam tadi, tambahkan sedikit garam.
***Tips : Kuah perlulah rasa light sahaja, tak perlu terlalu masin dan sebagainya.

LANGKAH 2: BUAT GARLIC OIL

1. Cincang bawang putih, jangan halus sangat sebab tak nak cepat hangus bila digoreng (jangan guna blender tau).
2. Panaskan 1/2 cawan minyak masak + 1/2 sudu makan minyak bijan. 

Minyak bijan tak perlu banyak sangat ye, nanti bau dan rasa dia lari.

 Minyak tak perlu panaskan sampai berasap, cukup sekadar panas dan boleh menumis, supaya bawang putih tidak cepat hangus dan pahit. 

3. Tumis sehingga warna keemasan, angkat dan toskan, nanti semasa proses minyak nak sejuk, bawang putih tadi akan bertukar warna lebih perang. 
**Tips : jangan tumis bawang sampai perang sangat, nanti pahit. 

LANGKAH 3: BUAT CILI KICAP

Potong cili dan letkkan kicap pekat sikit + kicap cair sikit, siap! 

LANGKAH 4: CELUR MEE KUNING

Okay, jom hidangkan. 
1. Letak Mee kuning ke dalam mangkuk. 
2. Taburkan cili kicap. 
3. Letak Minyak bawang putih. 
4. Letakkan kuah sup sehingga paras mee. 
5. Gaul-gaul dan makan. 

Kalau nak tambah sayuran pun boleh, biasanya sayur dicelur sahaja. 

Selamat Mencuba. 
Boleh juga rujuk video cara masak di Youtube Orkids Channel. 


0 Comments