Hai Assalammualaikum.

Pada 26 Oktober 2022 tepat SSM milik Cik Orkid tamat tempoh, jadi Cik Orkid terus ke Mesin Kiosk SSM terdekat di MITC Melaka untuk renew.

Terkejut pula bila tak boleh nak renew, Cik Orkid terus ke Kaunter depan tanya apa masalahnya ? Bila Kaunter Cek, rupanya ada kompaun tertunggak.

Mereka minta Cik Orkid naik ke Aras 2 iaitu Seksyen Penguatkuasaan untuk Cek nilai kompaun dan bayar dahulu.

Disebabkan Kompaun syarikat Cik Orkid adalah untuk tahun 2015 & 2017, maka mereka cakap Ini adalah Kompaun Expired, jadi takkan nampak kompaun ni kalau online EZBIZ (patutlah).

Jadi Cik Orkid minta pihak SSM bantu selesaikan terus di kaunter.

Nasib baiklah nilai kompaun tak sampai beribu ringgit, untuk kedua-dua tahun tu hanya perlu bayar RM40( tahun 2015) + RM60( tahun 2017) sahaja.

Sebab kena kompaun : Lambat renew SSM, sehari lambat denda RM20.

Untuk tahun 2017, Cik Orkid dapat selesaikan bayar terus di kaunter SSM, tapi kompaun tahun 2015 ada masalah tak keluar dalam sistem SSM, so kena la hold untuk pembayaran tahun 2015.

Selepas 2 hari, Pihak SSM call minta bayar online di EZBIZ sahaja,tak perlu ke kaunter. 

Jadi mereka bagi NO KOMPAUN untuk kita masukkan dalam sistem EZBIZ dan bayar online.

Jadi di sini Cik Orkid tunjukan langkah demi langkah Cara nak bayar kompaun ssm secara online melalui https://ezbiz.ssm.com.my

1. LOGIN : ID (No IC)  DAN PASSWORD (Pastikan dah daftar akaun EZBIZ dulu ye)

2. HOME > OTHER SERVICES > COMPOUND PAYMENT
3. Masukkan :
Identity No : No Ic
Entity Type : Tak Perlu usik apa-apa, biarkan sahaja 
Entity No : Masukkan No Kompaun Expired (ni kena minta di kaunter/call)

Nanti keluarlah detail Kompaun dan take action > Pay ( so kena bayar online).

4.  PAY ONLINE 

5. Lepas Bayar dapatlah resit

Siap !

Bila kita refresh website, dah clear kompaun. Alhamdulillah.

Dah renew SSM untuk 2 tahun terus RM120.



0 Comments