RESEPI DOH KARIPAP YANG RANGUP
Assalammualaikum, kali ni jom Cik Orkid kongsikan Resepi Doh Karipap Yang Sedap dan Rangup.
Tips dia gunakan campuran 3 jenis tepung dan wajib gunakan minyak panas.
BAHAN-BAHAN DOH :
500g tepung gandum
50g tepung ubi
50g tepung beras
1 cawan air sejuk peti ais
1 sudu makan gula
1 sudu kecil garam
3 sudu makan marjerin pelangi
1/4 cawan minyak masak
CARA MEMBUATNYA :
1. Panaskan marjerin dan minyak masak sehingga panas dan sedikit berasap.
2. Campurkan air, garam dan gula, gaul sebatikan.
3. Masukkan minyak panas tadi ke dalam tepung, gaul sebatikan guna senduk kayu sampai menjadi seperti serbuk roti.
4. Masukkan air sedikit demi sedikit, uli sampai jadi doh yang lembut dan tak melekat di tangan. Uli lebih kurang 20-30minit ye.
5. Tutup doh dengan kain selama 30 minit. Doh akan jadi lebih sebati dan mudah dicanai.
6. Bahagikan doh kepada bebola kecil saiz 30g.
7. Leperkan, masukkan inti dan klim.
8. Gorengkan dengan minyak sedikit panas dan api kecil supaya tidak cepat hangus.
Kalau nak buat frozen, gorengkan sekejap sahaja, kemudian sejukkan dan bolehlah disimpan di dalam freezer.
Kalau nak tengok tutorial video, boleh cari di Youtube Orkids Channel : taip je Karipap Cik Okrid mesti jumpa.
0 Comments