RESEPI INTI KARIPAP KENTANG MUDAH DAN SEDAP
Assalammualaikum semua.
Kali ni Cik Orkid nak kongsikan CaraBuat Inti Karipap Kentang.
Resepi ni dipelajari daripada Mak mertua Cik Orkid, zaman muda dulu dia niaga kuih - muih depan rumah. Kuihnya semua sedap-sedap.
Jadi, Cik Orkid kongsikan resepinya di sini ye sambil-sambil boleh save resepi.
BAHAN-BAHAN :
5 biji kentang
*Bawang Besar 1 biji
*Bawang Putih 3 biji
*Segenggam Ikan bilis (rendam air panas)
*Daun Kari 2 tangkai
Serbuk Kari Ayam/daging 3 sudu makan
Garam
Gula
Cukup Rasa/ajinamoto
CARA-CARA :
1. Kupas kentang dan potong bentuk dadu tebal sikit supaya inti kentang tak cepat hancur. Kalau potong nipis, nanti cepat hancur pula inti.
2. Rebuskan kentang sehingga separuh masak sahaja.
3. Tumbuk bahan bertanda*.
Ikan bilis tu rendam air panas supaya mudah nak hancur bila ditumbuk guna lesung.
Daun kari tumbuk sekali supaya tak tercekik bila makan karipap nanti.
3. Tumiskan Bahan tumbuk sampai naik bau, kemudian masukkan sikit air dalam kuali dan masukkan serbuk kari, tumis lagi sampai bahan rempah garing dan terbit minyak.
4. Masukkan kentang yang telah diap direbus dan di tos airnya.
5. Gaul perlahan supaya kentang tidak hancur, gaul sampai sebati.
6. Masukkan air sikit demi sikit sampai kentang empuk.
7. Perasakan dengan garam, gula dan perasa/ajinamoto.
8. Inti Karipap Kentang Siap.
Selamat Mencuba.
Kalau nak tengok resepi versi video, boleh tengok di youtube kakak saya Chempaka Saffiyah. Dia rakam masa saya buat karipap hari tu.
Ini Link Video Youtube resepi Inti Karipap Kentang: VIDEO RESEPI INTI KARIPAP KENTANG
0 Comments