RESEPI KERAWON ATAU KERABU JAWA
Hai Assalammualaikum.
Siapa jawa kat sini? mesti pernah makan ulam kerabu ni kan?
Kerawon jawa ni kalau nak buat wajib kena ada Kencur atau Cekur barulah menjadi.
BAHAN - BAHAN : Bahan ni semua agak-agak je sukatannya.
Kelapa Parut
Asam Jawa
Bawang besar
Bawang putih
Ikan bilis
Cili api
Ubi Kencur
Daun Kencur
Garam
Ulam-ulaman seperti pucuk ubi, tauge, kacang panjang, kacang botol dan pelbagai ulam lain juga boleh digunakan.
CARA MEMBUATNYA :
Kelapa parut digaul sebati dengan asam jawa.
Kemudian, hiris bawang besar dan bawang putih dan gorengkan di dalam minyak panas.
Gorengkan ikan bilis sehingga garing.
Gorengkan cili api, tips :sila tutup kuali semasa goreng cili api ye, sebab cili api akan meletop-letop.
Tumbukkan bahan goreng tadi guna lesung batu sehingga sedikit lumat, perasakan dengan garam dan cukup rasa atau ajinamoto.
Kemudian, tanpa minyak, masukkan bahan tumbuk dan kelapa yang telah digaul asam jawa ke dalam kuali. Gaul sebatikan dengan api perlahan agar tahan lama.
Masukkan ulam-ulaman yang telah siap dicelur, diperah airnya dan ditoskan ke dalam kuali. Sesuaikan rasa.
Siap.
Selamat Mencuba.
Kalau nak tengok video cara buat kerawon ni, sila ke youtube : Chempaka Saffiyah.
0 Comments