Hai Assalammualaikum.

Kali ni Cik Orkid kongsikan Cara Buat Koktail Buah Naga Viral Resepi Niaga.

Bahan Mudah, kos rendah dan Sedap.

BAHAN KUAH :

2 tin susu cair jenama Carnation
1/2 tin susu pekat manis
1 kotak kecil susu dutch lady full cream (200ml)
secubit garam (jangan lebih tau,bukan nak bagi masin,hanya nak bagi naik rasa lemak kuah sahaja)
1 tin koktail buah-buahan
1 tin laici (buang air dia)
Biji Selasih (rendam air panas bagi cepat kembang)
Buah Naga Merah (potong dadu)
Buah Mangga (potong dadu)

Nak letak apa-apa isi pun boleh, Cadangan :

Epal hijau (potong dadu)
Buah anggur
Nata de koko

CARA BUAT :

Panaskan susu cair,susu pekat dan susu dutch lady dalam periuk. Jangan sampai mendidih tau,hanya panaskan sekejap sahaja supaya kuah tahan lebih lama dan tak cepat basi.

Masukkan secubit garam dan air buah-buahan koktail dalam tin tu,isi koktail tu tapis asingkan ye.

Kemudian sejukkan kuah.

Satukan semua bahan buah-buahan potong dan segala isi kita nak guna dalam satu mangkuk besar.
Tuangkan kuah yang telah disejukkan tadi ke dalam mangkuk tersebut.

Nak makan baru letak ais supaya kuah tidak cair.
Lebih saya bekukan, makan macam aiskrim, sedap !!
Selamat Mencuba !

0 Comments