Hai Assalammualaikum.

Kadang ada hari yang malas betul nak memasak tapi masih nak makan masakan di rumah.

Jom Cik Orkid kongsikan Lauk simple tapi menyelerakan. 

Ini dia watak utamanya, sambal tempoyak mudah dan sedap. Gu dengan ikan goreng atau ayam goreng dan sayur masak lemak putih. Memang mudah, ringkas dan menyelerakan. 



Hanya menggunakan 3 bahan mudah sahaja.

BAHAN-BAHAN :
Cili api
Garam
Tempoyak Manis

Tempoyak manis tu Cik Orkid memang dah simpan lama (musim durian dulu), isi durian digaul gula dan disimpan di dalam peti ais untuk dijadikan tempoyak manis.

CARA MEMBUATNYA :

Tumbukkan cili api dan garam bersama sehingga lumat. Masukkan tempoyak dan gaul sebati. Sesuaikan rasa masin, pedas dan manisnya mengikut citarasa masing-masing. 

Siap! 

Kalau nak tengok Video resepi Cik Orkid buat sambal tempoyak ni, bolehlah ke Youtube Orkids Channel, taip je Sambal tempoyak cik orkid. 




0 Comments