Hai Assalammualaikum.

Kali ni Cik Orkid kongsikan Resepi Roti Goreng Sosej Yang Sangat Mudah dan Sedap.

Sesuai untuk bekalan anak ke sekolah.

Hanya menggunakan 4 bahan mudah sahaja.

BAHAN-BAHAN :

10 batang sosej (1 pek)
10 keping roti tawar gardenia
10 sudu makan tepung gandum
Breadcrumbs secukupnya

CARA -CARA :

1. Rebuskan sosej, toskan dan potong dua.

2. Lenyekkan sampai leper roti tawar dengan gelas atau penggelek tujuannya supaya roti tak serap minyak apabila digoreng nanti.Kemudian potongkan kepada dua juga seperti sosej tadi.

3. Gulungkan sosej bersama roti tawar, gamkan dengan air biasa sahaja.

4. Bancuh tepung gandum bersama air, adunan mestilah tak terlalu cair dan tak terlalu pekat.

5. Celupakan sosej roti yang digulung tadi ke dalam bancuhan tepung dan golekkan dengan breadcrumbs.

6. Goreng macam biasa.

Siap! Selamat Mencuba.

0 Comments