Hai Assalammualaikum.

Suri rumah mesti hari-hari terfikir nak masak menu apa. Kadang-kadang ada juga hari yang malas nak masak tapi tetap kena masak untuk keluarga.

Salah satu cara Cik Orkid, masa tengah rajin tu, kita buatlah pelbagai Pes Serbaguna, agar bila nak masak,kerja jadi mudah dan cepat.
Salah Satu Pes Cik Orkid wajib buat adalah Sambal geprek sebab suami kuat makan pedas.

Video Resepi Sambal ni ada di Youtube Orkids Channel.
Tapi kali ni, Cik Orkid nak kongsikan cara guna pes geprek ni jadikan lauk lunch yang mudah,cepat dan sedap.

      Sambal Kentang Ikan Bilis Geprek

BAHAN DAN CARA MASAK :

1. Kupas kentang,potong bentuk wedges,rendam dengan air garam kejap dan kemudian cuci bersih dan gorengkan garing.

2.  Goreng garing ikan bilis.
3. Panaskan 4@5 sudu pes sambal geprek, masukkan ke tang dan ikan bilis,sesuaikan rasa garam. Siap Lunch !
Mudahkan ?
Selamat Mencuba.

0 Comments