Hai Assalammualaikum.

Kali ni Cik Orkid nak kongsikan Cara Buat Donut Pandan Yang Mudah dan Paling Penting Gebu Gebas.


Hanya menggunakan bahan yang ringkas dan mudah didapati.

Cik Orkid juga kongsikan tips dapatkan warna donut yang cantik tanpa menggunakan pewarna tambahan.

BAHAN-BAHAN :

6 helai daun pandan
1 cawan air
1 sudu makan gula pasir
1 sudu makan susu pekat manis
1 sudu makan yis mauripan
2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam halus
Gula Kastor

CARA MEMBUAT DONUT PANDAN :

1. Kisarkan 1 cawan air bersama 6 helai daun pandan. Tapiskan dan ambil jusnya sahaja.

Tips : Pilih daun pandan yang lebih tua dan daunnya lebih hijau. Barulah rasa donut lebih kaw dan warna donut lebih cantik tanpa perlu guna pewarna tambahan.

2. Campurkan jus pandan tadi dengan gula pasir,susu pekat manis dan yis.
Gaul laju-laju sampai sebati semua bahan ,tutup bekas dan tunggu sampai yis kembang berbuih-buih.

3. Sementara tu, ayak tepung gandum bersama baking powder. 

Tips : Tepung yang diayak akan menghasilkan donut yang lebih gebu dan ringan.

4. Campurkan garam ke dalam tepung yang diayak,gaul sebatikan.

5. Apabila yis dah kembang berbuih banyak, masukkan sedikit demi sedikit ke dalam tepung dan uli sampai jadi doh yang tak melekat di tangan.

Tips : Tak perlu habiskan air yis jika doh sudah cukup lembut dan tak melekat di tangan, sebab lain jenis tepung, lain kelembapannya. Kadang-kadag, air yis tak habis pakai pun, biasanya guna dalam 3/4 cawan  air yis sahaja.

6. Perap doh 30minit, tutup dengan kain basah supaya doh tidak masuk angin dan kering.

7. Selepas 30minit, doh akan kembang 2x ganda dan jadi lebih ringan. Tumbuk doh ,buang angin.

8. Timbang setiap doh 40g (akan dapat 11 biji donut. 

9. Bulat-bulatkan doh ,pastikan doh dibulatkan cantik dan licin. Kalau kerepot,donut pun jadi kerepot apabila digoreng nanti.

Tips : Nak donut yang bulat,cantik dan licin , pastikan 'rounding' pun kena cantik dan kemas.

10. Panaskan minyak dengan api perlahan dan gorengkan seperti biasa.


Alhamdulillah, siap ! 

Gaulkan dengan gula kastor jenama prai,plastik warna merah, gula akan tahan lebih lama dan tidak mudah cair, kalau guna gula aising,gula akan lebih cepat cair.

Pastikan donut dah suam sikit ye baru gaul dengan gula, kalau gaul masa donut masih panas, habiskan gula terus cair nanti. hehehe....

Simpan donut di dalam bekas bertutup agar donut lebih tahan lama dna gula tidak cair.


Selamat Mencuba.

Kalau nak tonton video cara buat donut pandan boleh tonton di Youtube Orkids Channel : KLIK SINI : VIDEO CARA BUAT DONUT PANDAN


0 Comments