Assalammualaikum, kali ni kita buat donut red velvet viral tiktok.

Cik Orkid suka resepi donut Kampung, iaitu donutnya rangup di luar dan lembut di dalam.

RESEPI DONUT RED VELVET KAMPUNG :
Resepi Adunan 30 biji donut (30g)

2 cawan air suam (tak pakai habis)*
2 sudu makan gula pasir*
2 sudu makan susu pekat manis*
1 sudu makan yis mauripan*
1 sudu makan red velvet emulco
4 cawan tepung gandum
2 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil garam halus
3 sudu makan marjerin

CARA BUAT :

Satukan bahan bertanda * , tunggu sampai yis berbuih dan kembang.

Masukkan red velvet emulco kedalam air yis yang dah kembang tadi.

Satukan bahan kering tepung,baking powder dan garam, gaul sebatikan.

Masukkan air yis ke dlama adunan tepung, uli sampai jadi doh bulat, kemudian masukkan marjerin. 

Uli lagi 30minit sampai doh menjadi lembut dan licin.

Perap doh sehingga kembang 2x ganda,tutup dengan kain basah masa perap supaya doh kering akibat masuk angin.

Tumbuk doh, dan timbang 30g (akan dapat 30biji) , buat rounding dan perap (tutup) lagi sampai kembang.

Gorengkan dengan api perlahan.

Gaulkan dengan gula icing.

Siap !
Kalau nak mudah, jemput tonton video cara buat di bawah.

Tonton video step by step cara buat donut serta tips donut lenbut dan gebu.

Selamat Mencuba 😍

0 Comments