Mee Goreng Jalanan | Resepi Mee Goreng Legend Untuk Niaga
Assalammualaikum,hai.
BAHAN-BAHAN :
Kali ni Cik Orkid nak kongsikan Cara Masak Mee Goreng Jalanan macam zaman dulu.
Mee goreng jalanan yang disalut telur dan berwarna kehitaman. Mengimbau zaman dulu-dulu makan tepi jalan dengan mak ayah.
Makan mesti kena perah limau baru umppp !
Yang penting tauge mesti banyak .
Jom tengok bahannya.
BAHAN-BAHAN :
Untuk 1 portion atau satu pinggan.
150g mee
1 sudu makan cili kisar *(rujuk cara pe yediaan di bawah)
1 sudu makan kicap manis
1 biji telur
1 sudu kecil serbuk pati ayam knorr
tauge
daun kucai
* Penyediaan Cili Kisar : Cili kering segenggam direbus + bawang putih segenggam + minyak masak secukupnya ,kisar ketiga bahan ini menjadi pes (rujuk gambar)
Cara Memasaknya :
Cik Orkid masak untuk 7 orang, jadi Cik Orkid akan gandakan semua bahan jadi 7.
1. Panaskan 7 senduk kecil minyak masak.
2. Masukkan 7 sudu makan cili kisar.
3. Masukkan 7 sudu makan kicap manis.
4. Masukkan 7 biji telur ,masak sampai jadi berketul.
5. Masukkan mee.
6. Masukkan 7 sudu kecil serbuk pati ayam knorr.
7. Masukkan tauge dan kucai.
Siap ! Selamat Mencuba.
Kalau nak tengok Video Cara memasaknya boleh ke Youtube Orkids Channel.
0 Comments